Hi, what are you looking for?

Terengganu Memasuki Fasa 3 PPN

Mamak News

Terengganu Beralih Ke Fasa 3 PPN Bermula 17 September 2021


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Dalam satu kenyataan daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri yaacob hari ini telah mengumumkan negeri Terengganu akan beralih dari fasa 2 ke fasa 3 Pelan Pemulihan Negara berkuat kuasa mulai 17 September.

Antara SOP yang telah ditetapkan bagi negeri-negeri fasa 3 adalah:

  1. Rentas daerah dibenarkan
  2. Rentas negeri (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan Kerajaan Negeri) tidak dibenarkan kecuali pasangan jarak jauh, anak jarak jauh dan individu yang telah diluluskan pergerakan oleh KKM dan PDRM.
  3. Pergerakan bagi individu yang telah lengkap divaksin dibenarkan berdasarkan jumlah kapasiti kenderaan. Individu dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah dengan mematuhi protokol kesihatan umum.
  4. Aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama sahaja yang melibatkan hotel dan homestay untuk individu yang sudah lengkap divaksinasi sahaja.
  5. Tetamu yang telah lengkap divaksinasi dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama dengan mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 ketika mendaftar masuk.
  6. Pengusaha restoran termasuk di hotel, rumah kelab sukan dan rekreasi, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

SOP penuh anda boleh rujuk di laman web rasmi Majis Keselamatan Negara di pautan SINI

Terus patuhi SOP supaya kita segera boleh beralih ke fasa Endemik yang dijangka akhir Oktober nanti. Jangan lupa juga untuk mendapatkan vaksin Covid-19, daftar di MySejahtera atau ‘Walk-In’ di mana-mana PPV yang dibenarkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengambilan vaksin bagi melindungi diri daripada dijangkiti Covid-19 dengan gejala yang teruk dan boleh mengurangkan risiko kematian akibat virus ini. Sama-sama kita lindung diri, lindung semua.

Terengganu Memasuki Fasa 3

Sumber: Bernama

BACA: Selangor, KL & Putrajaya Memasuki Fasa 2, Boleh Rentas Daerah
BACA: Langkawi Dibuka Untuk Pelancongan Bermula 16 September

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Lelaki Selit Duit & Minta Pekerja Kedai Jangan Baiki “Phone” Dengan Betul, Takut Ada Rahsia Diketahui Isteri Tidak...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TONGGAK tengah Kuala Lumpur City, Ryan Lambert seakan sedang membuktikan sesuatu ketika melakar hatrik untuk bantu kemenangan 5-0...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Syarikat Malaysia Cipta Satelit Terkecil Di Dunia, Dapat Tempahan 520 Unit Termasuk Dari Eropah & Amerika Sebuah satelit...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications