Hi, what are you looking for?

Sukan

Terengganu terbayang kembali ke pentas final


TERENGGANU FC (TFC) sudah mula membayangkan pentas ­final Piala FA selepas mengesahkan slot empat terbaik apabila menumbangkan Kelantan FC 4-2 pada suku akhir kelmarin.

Ketua jurulatih skuad Penyu, Tomislav Steinbruckner berkata, biarpun sasaran awal pada kempen Piala FA hanya untuk ke separuh akhir, namun beliau memiliki misi yang lebih besar.

Pengendali kelahiran Croatia itu berkata, beliau mahu mengulangi pencapaian Terengganu di bawah bimbingan Mohd. Nafuzi Zain musim lalu yang berjaya membawa Sang Penyu ke perlawanan akhir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya yakin barisan pemain akan bersedia fizikal dan mental untuk aksi separuh akhir tidak lama lagi sama ada menentang Sabah atau KL City.

“Memang peluang seimbang jika Terengganu bertemu mana-mana pasukan itu kerana dalam saingan Liga Super, kami seri 0-0 dengan KL City dan 2-2 dengan Sabah pada minggu lalu,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Steinbruckner percaya beraksi di laman sendiri bersama ribuan penyokong akan beri ke­lebihan dan skuadnya faham misi sete­rusnya adalah layak ke final.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas menentang Kelantan, beliau kurang berpuas hati dengan persembahan kurang meyakinkan benteng pertahanan Sang Penyu kerana ‘menghadiahkan’ dua gol mudah kepada The Red Warriors akibat kesilapan Sardor Kulmatov dan Shahrul ­Nizam Roshasni.

“Selepas menang 5-0 ke atas lawan sama dalam saingan liga, perlawanan ini patut menjadi mudah, namun apa yang berlaku sebaliknya selepas Terengganu membenarkan TRW bangkit dua kali,” katanya.

Pada aksi kelmarin, Terengganu menang hasil jaringan Muhammad Azam Azmi Murad, Ivan Mamut, Sony Norde dan Syafik Ismail, manakala Ismaheel Akinade mencetak dua gol buat Kelantan.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Keadaan hujan renyai mengiringi paluan berundur Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim...

Mamak News

0 Murid 11 Tahun Maut Ditimpa Palang Gol Ketika Aktiviti Kurikulum BINTULU, 29 Sept (Bernama) — Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications