Hi, what are you looking for?

Mamak News

Terima Rasuah Lebih RM 75 Juta, Bekas Menteri Kehakiman China Dipenjara Seumur Hidup


Terima Rasuah Lebih RM 75 Juta, Bekas Menteri Kehakiman China Dipenjara Seumur Hidup

Bekas Menteri Kehakiman China, Fu Zhenghua, 67, yang sebelum ini pernah mengendalikan penyiasatan beberapa kes rasuah berprofil tinggi telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah menerima rasuah.

Julai lalu, Fu mengaku bersalah menerima rasuah dengan jumlah suapan melebihi RM 75.22 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fu dijatuhkan hukuman mati yang ditangguhkan selama dua tahun sebelum hukuman bertukar kepada penjara seumur hidup tanpa parol.

Sebelum dilantik sebagai Menteri Kehakiman pada 2018, Fu memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Kementerian Keselamatan Awam.

Semasa memegang jawatan tersebut, dia banyak mengetuai siasatan berprofil tinggi termasuk siasatan rasuah membabitkan Zhou Yongkang, pegawai tertinggi paling berkuasa dalam pemerintahan moden negara itu yang pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah rasuah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum perbicaraan mahkamah, Agensi Rasuah China menyatakan bahawa Fu juga terlibat dalam gerakan politik Sun Lijun.

Terdahulu, Sun yang merupakan bekas Timbalan Menteri Keselamatan Awam mengaku bersubahat bersama-sama beberapa pegawai kanan penguatkuasaan dalam salah laku untuk kepentingan peribadi.

Dia turut dijatuhkan hukuman mati yang ditangguhkan selama dua tahun selepas didapati bersalah dalam tiga pertuduhan iaitu menerima rasuah, memanipulasi pasaran saham dan memiliki senjata api secara haram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, tiga orang bekas ketua polis wilayah turut dijatuhkan hukuman penjara selepas didapati bersalah terlibat kes rasuah. Ketiga-tiga individu tersebut dikatakan penyokong Sun.

Beberapa media mendakwa bahawa Sun mempunyai pengaruh yang besar dalam parti pemerintah dan dilihat tidak menyokong pemerintahan semasa presiden China, Xi Jinping.

Hukuman-hukuman yang dikenakan terhadap beberapa pemimpin tertinggi itu dibuat tiga minggu sebelum parti pemerintah menjalankan kongres pemilihan dimana Xi dijangka akan memegang jawatan Presiden buat penggal ketiga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber : The Guardian

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon sensasi Puteri Sarah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita bernama Nazatul Nazira dengan jumlah saman sebanyak RM1 juta....

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Sesulit apa pun keadaanmu, ajarilah hatimu agar bisa menerima keadaan tanpa membenci.” Demikian luahan madu kepada Marissa Dania Hakim, Misya...

Hiburan

3s BIARPUN menjadi mangsa kecaman ramai selepas berkahwin dengan suami orang tanpa pengetahuan isteri pertama, pengikut Instagram pempengaruh, Marissa Dania Hakim naik mendadak. Berdasarkan...

Sukan

3s ARENA bola sepak negara sekali lagi kehilangan permata apabila jurulatih berprofil tinggi, Mohd. Azraai Khor Abdullah, 72, meninggal dunia akibat sakit dalam perut...

Advertisement