Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Terkandas di lebuh raya tak halang Wings teruskan promosi konsert


PETALING JAYA – Terperangkap dalam kesesakan akibat kemalangan maut di Lebuh Raya Utara-Selatan Sabtu lalu tidak membantutkan semangat kumpulan rock, Wings meneruskan sesi bertemu peminat di Pulau Pinang bersempena promosi konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter.

Walaupun terpaksa membatalkan perjumpaan pertama di Queensbay Mall yang sepatutnya berlangsung pada sebelah petang, Wings enggan menghampakan peminat dengan terus menuju lokasi kedua di Mydin Mall Bukit Mertajam, sebelum pukul 8 malam.

Menurut vokalisnya, Datuk Awie atau Ahmad Azhar Othman, situasi tidak dijangka itu membuatkan pihaknya merombak jadual asal apabila perjalanan dari Kuala Lumpur yang sepatutnya memakan masa sekitar empat jam tersasar jauh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Begitupun katanya, semangat peminat yang setia menunggu dan menyambut kehadiran mereka dengan ramah membuatkan menjadikan sesi dirancang tetap meriah.

“Kami bertolak dari Kuala Lumpur tengahari dengan jangkaan paling lewat tiba di sana pukul 5 petang, tetapi tidak sangka berlaku kemalangan dan terperangkap berjam-jam akibat kemalangan yang bagi impak di kedua-dua arah.

“Selepas melepasi kemalangan pertama, kami berdepan lagi satu nahas jalan raya, ditambah faktor hujan, memang perjalanan agak lambat, namun paling penting kami tiba dengan selamat.

“Terima kasih kepada peminat Wings yang setia dan penuh bersemangat walaupun kami tahu ada yang kecewa sesi di lokasi pertama terpaksa dibatalkan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Kata tunjang utama kumpulan yang ditubuhkan sejak 1985 itu, ada dalam kalangan peminat yang berada di Queensbay Mall sanggup ke Mydin selepas dimaklumkan mengenai situasi dihadapi Wings.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sepanjang tersadai di dalam kereta kami ada buat sesi secara langsung di Instagram bagi berkongsi perkembangan terkini termasuk keadaan trafik ketika itu.

“Syukur promosi konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter yang dijadualkan di Spice Arena Penang pada 24 Februari nanti berjalan lancar,” ujarnya.

Pada sesi di pusat beli belah tersebut, Awie yang disertai anggota lain iaitu Eddie, Black, Edrie Hashim dan Sham melayani peminat dengan pelbagai aktiviti termasuk soal jawab.

Mengenai persediaan menjelang konsert berkenaan, Awie mengakui teruja beraksi selepas hampir 30 tahun tidak mengadakan persembahan mega di bahagian pulau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah menerusi respons ketika singgah di Bukit Mertajam, ramai peminat dari Perlis dan Kedah turut menyatakan keinginan turun padang selain sedia menggamatkan Spice Arena.

“Kami jangkakan ramai Sayap-Sayap Wings (peminat) akan menjadikan gelanggang gah itu sebagai lokasi perhimpunan di bahagian utara.

“Tiket masih dijual secara online, malah kita juga membuka kaunter fizikal di Spice Arena bermula tiga hari sebelum konsert berlangsung,” katanya.

Istimewanya, pembeli tiket berpeluang memenangi hadiah menerusi konsep Gores & Menang buat penonton yang menawarkan 700 hadiah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Terdapat lebih 700 barangan bakal dimiliki pembeli tiket merangkumi semua jenis tiket yang bermula pada harga RM95 (berdiri) sehingga mencecah RM315.

“Barangan untuk dimenangi itu termasuk item ‘preloved’ milik anggota Wings khas buat pengikut tegar yang tidak putus menunjukkan sokongan sejak dulu,” katanya.

Tiket bagi mengikuti Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter boleh ditempah menerusi laman https://wings.ubertickets.asia.

Terdahulu, persinggahan di pulau mutiara adalah susulan kejayaan persembahan mega dengan konsep sama di Singapura, Julai tahun lalu disusuli Kuala Lumpur pada 17 Disember 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum itu konsert Wings The Rock Emperor – Kuala Lumpur Chapter yang juga anjuran Rumah Produksi Merah dan Awie Entertainment menarik kehadiran lebih 9,000 penonton. – KOSMO! ONLINE

 


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement