Netizen jelas rupanya kedai di Jepun ini sering mainkan lagu-lagu rock kapak Malaysia
Terkejut Dengar Lagu ‘Rock Kapak’ Di Jepun, Rupanya Kedai Ini Sering Main Lagu Malaysia. Mendengar lagu Malaysia di negara asing bisa menjadi pengalaman yang sangat mengujakan.
Yelah, kalau kita dengar lagu tempatan di luar negara, mesti kita rasa excited sebab ada juga orang luar negara yang tahu dengan lagu tempatan kita. Lagi-lagi kalau orang tu pasang lagu yang legend seperti kumpulan lama-lama dulu.
Rupanya kedai kebab ni mainkan lagu Exists – Mengintai Dari Tirai Kamar.
Seperti yang telah tular di laman Twitter baru-baru ini, individu ini kongsi satu video lelaki singgah kedai kebab yang popular di Harajuku, Jepun. Dalam video tersebut hanyalah lelaki tersebut mencuba untuk memesan kebab menggunakan bahasa Jepun.
Namun, netizen Malaysia tangkas apabila terdengar lagu yang dimainkan di kedai Kebab tersebut adalah lagu yang popular di Malaysia pada tahun 90-an iaitu Exists – Mengintai Dari Tirai Kamar.

Terkejut Dengar Lagu ‘Rock Kapak’ Di Jepun, Rupanya Kedai Ini Sering Main Lagu Malaysia
Dikenali kedai Doner Kebaboo, netizen teruja apabila mendengar lagu yang dimainkan kedai tersebut adalah lagu Malaysia. Tidak hanya itu, ada juga netizen lain tampil kongsi bahawa kedai tersebut juga pernah memainkan lagu 1 Malaysia, wahh steady jugak pemilik kedai ni ya🤣
Walaupun penjual di kedai tersebut berbangsa Turkiye, sangat mengagumkan bahawa beliau tahu lagu-lagu Malaysia ini. Power lah!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen juga tidak menyangka apabila lagu tempatan itu dimainkan di negara luar hingga ada yang menyangkakan bahawa handphone mereka rosak😂
Banyak yang merasa terharu dan berbangga bahawa lagu-lagu Malaysia dapat diterima dan dinikmati oleh orang dari negara lain. Akhir kata, muzik Malaysia dapat menjadi sarana yang efektif untuk memperkenalkan budaya kita ke seluruh dunia.


Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:
Artikel asal oleh: iloveborneo.my
