Hi, what are you looking for?

Langkawi wajib swab test

Travel

TERKINI: Pelancong Ke Langkawi Wajib Jalani Ujian Saringan COVID-19


Pelancong ke Pulau Langkawi kini wajib menjalani ujian saringan COVID-19 bermula 16 September, kata Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin.

Jelasnya, hal ini bagi mengelakkan wujudnya kluster baru melibatkan gelembung pelancongan tersebut.

BACA: SOP Bercuti Ke Pulau Langkawi Diumumkan

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Projek rintis Pelancongan Gelembung Langkawi perlu dilaksanakan dengan berhati-hati. Oleh itu setiap pelancong yang akan bercuti ke Langkawi bermula 16 Sep wajib menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum berlepas,” katanya dalam satu kicauan hari ini.

Wajib ujian saringan sebelum bercuti ke Langkawi
Gambar: BERNAMA

“Kerajaan perlu memastikan setiap pelancong yang akan bercuti ke Langkawi telah menerima vaksinasi lengkap, bukan kes positif COVID-19 dan bukan kontak rapat kepada kes positif.”

Ujarnya, ujian itu tertakluk kepada semua individu dewasa, remaja dan kanak-kanak berusia 7 hingga 17 tahun.

  1. Pelancong perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR atau RTK-antigen) di mana-mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas.
  2. Pelancong juga boleh membeli kit ujian kendiri saliva dan membawanya ke lapangan terbang atau terminal feri untuk menjalani ujian di sana.
  3. Pelancong juga boleh membeli kit ujian sendiri saliva melalui perkhidmatan yang akan disediakan oleh pihak swasta di tempat saringan di lapangan terbang atau terminal feri dan menjalani ujian pengesahan di situ.

“Bagi kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah, hanya saringan gejala akan dilakukan mengambil kira keupayaan mereka untuk mengeluarkan air liur,” tambahnya.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato’ Sri Nancy Shukri menyatakan saringan COVID-19 untuk pelancong ke Langkawi adalah tidak diwajibkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Khairy Jamaluddin

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Mamak News

0 PASIR PUTEH – Kegembiraan seorang remaja yang mandi bersama empat rakannya di air terjun Jeram Linang di sini bertukar tragedi apabila dia tergelincir...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications