Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan beberapa kelonggaran sekatan bagi individu lengkap vaksin sepenuhnya terhadap Covid-19.

Beberapa kemudahan untuk individu yang lengkap pengambilan vaksin adalah seperti di bawah.
Untuk kesemua negeri (tanpa mengira fasa Pelan Pemulihan Negara):
1) Individu dari luar negara yang pulang ke Malaysia boleh dikuarantin di rumah. Mereka mesti mempunyai rumah di Malaysia.
2) Pasangan jarak jauh boleh rentas negeri/ daerah untuk bertemu.
3) Ibu bapa boleh melakukan perjalanan rentas negeri/ daerah untuk melihat anak-anak mereka yang berumur di bawah 18 .
4) Dibolehkan ke masjid, rumah ibadat dengan SOP.

Untuk negeri Fasa Dua dan seterusnya:
1) Dibenar merentas daerah.
2) Makan atau dine-in di restoran dibenarkan.
3) Senaman di luar dibenarkan (6 pagi ke 10 malam) dengan jarak sosial.
4) Pelancongan dalam negeri fasa dua PPN dan seterusnya dibenarkan.
Muhyiddin mengatakan peraturan baru akan berkuat kuasa pada 10 Ogos (Selasa).
Perincian langkah-langkah itu, katanya, akan diumumkan dalam waktu terdekat.
Semua negeri berada dalam Fasa Dua PPN dan fasa seterusnya kecuali Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kedah, Johor, Melaka dan Putrajaya.
Untuk rekod, seseorang individu dianggap lengkap dua dos suntikan vaksin selepas mereka sudah melepasi hari ke-14 sejak mereka diberikan suntikan dos kedua (untuk vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca). Manakala, bagi penerima vaksin Johnson&Johnson, tempoh dikira lengkap vaksinasi adalah 28 hari selepas menerima suntikan.
Sumber: Malaysiakini
