Tujuh mayat ditemui manakala seorang lagi masih hilang di kawasan banjir di seluruh Selangor setakat petang ini.
Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, daripada jumlah itu, empat kematian dilaporkan di Taman Sri Muda, Shah Alam.
“Punca kematian mangsa terbaharu masih belum diketahui, tetapi tiga lagi kematian akibat lemas,” katanya.
Beliau menambah, peralatan khas diperlukan untuk memasuki beberapa rumah, dan memerlukan trip kedua untuk menyelamatkan mangsa.
“Kita perlu menanda rumah-rumah tersebut dan kembali dengan peralatan yang diperlukan untuk memotong jeriji,” katanya.
Sementara itu, Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, dua lagi mayat ditemui di Sepang.
Sumber: mstar online
