Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Terlalu emosi isu Palestin, Misha Omar ditegur suami


PETALING JAYA – Penyanyi Misha Omar mengakui sering menangis setiap kali mengikuti perkembangan berita mengenai mangsa korban kekejaman Zionis di Palestin khususnya membabitkan kanak-kanak.

Disebabkan itu, suami Misha iaitu Firoz Ezzwan Rossly menasihatinya berhenti bermain media sosial demi menjaga kesihatan mental.

“Khususnya buat ibu di seluruh dunia, saya rasa mereka mengalami patah hati kerana masih belum tahu apa penghujungnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ada satu masa, bangun tidur saya terus menangis. Setiap malam, saya jadi takut nak tidur sebab tidak tahu berita apa yang akan dihidangkan kepada saya esok.

“Sehinggakan suami menasihatkan saya untuk tutup media sosial. Namun, kita perlu gunakan platform tersebut untuk mengetahui apa yang berlaku,” katanya dalam Rancangan Khas MeleTOP semalam.

Dalam pada itu, pelantun lagu Sampai Bila itu berharap semua pihak terus berdoa buat rakyat Gaza yang bertubi-tubi diserang Zionis.

Misha juga meminta segelintir pihak menjaga perasaan sendiri selepas mengambil tahu isu yang berlaku di Palestin agar tidak mengganggu ketenteraman jiwa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jadi, kita perlu terus berdoa. Bukan sahaja buat saudara di sana (Palestin) tetapi untuk kita di sini juga.

“Hal ini juga untuk peperangan isu kesihatan mental antara kita semua.

“Saya harap kita semua pandai jaga diri dan boleh ambil tahu (isu Palestin) tetapi tahu hadnya untuk diri masing-masing,” jelasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai rekod, lebih 10,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan ganas rejim Israel ke atas bumi Gaza sejak 7 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Sukan

0 MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukan itu perlu muhasabah diri bagi memastikan pemain-pemainnya tidak terlalu selesa dengan kejayaan dikecapi selama...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar Nadeera berbesar hati apabila namanya dibandingkan dengan penyanyi senior namun enggan perbuatan tersebut dilakukan secara berlebih-lebihan. Kata...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications