Tahniah diucapkan kepada pelajar ini!
Terpaksa Berhenti Sekolah Selepas Tingkatan Satu, Pelajar Ini Berjaya Raih Keputusan SPM Cemerlang. Walaupun anak-anak wajib hadir ke sekolah, ada yang terpaksa berhenti sekolah kerana pelbagai faktor seperti masalah kewangan dan kesihatan.
Bagi pelajar yang terpaksa berhenti persekolahan selepas Tingkatan 1 kerana masalah kesihatan, ia tidak menghalang beliau daripada menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan usahanya membuahkan hasil apabila beliau memperoleh keputusan cemerlang!

Terpaksa berhenti sekolah akibat masalah kesihatan
Hari ini, pelajar SPM 2022 di seluruh negara telah menerima keputusan peperiksaan SPM mereka – dengan ramai yang berkongsi keputusan mereka dalam talian di bawah hashtag #SPM2022 di media sosial.
Antara banyak keputusan yang dikongsikan, keputusan seorang pelajar telah menarik perhatian ramai apabila beliau berkongsi bahawa walaupun berhenti sekolah pada usia 13 tahun, beliau berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang.
Katanya, “Saya terpaksa berhenti sekolah apabila saya habis Tingkatan 1 akibat kemurungan dan anxiety. Selepas itu, ibu saya meminta saya untuk mengambil sijil SPM agar ia lebih memudahkan untuk saya mencari kerja. Jadi, saya mula belajar sendiri ketika berumur 17 tahun. Ia sangat sukar untuk saya kerana saya tidak mempunyai asas. Tetapi saya berjaya memperoleh 5A.”

“Anda cukup berani untuk menduduki peperiksaan ini, tak semua orang berani,” – netizen
Bagi seseorang yang terpaksa belajar sendiri pada usia 17 tahun, sememangnya satu usaha yang patut dipuji, malah usaha pelajar ini membuahkan hasil kerana mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
Netizen turut mengucapkan tahniah kepada pelajar muda itu kerana berjaya mencapai keputusan cemerlang di sebalik cabaran yang terpaksa dilalui dan memujinya kerana berusaha untuk mengambil peperiksaan selain menjadi inspirasi kepada orang lain bahawa ia tidak pernah terlambat untuk menimba ilmu.
Syabas diucapkan kepada pelajar ini! Memang sukar untuk mengejar sukatan pelajaran dalam masa setahun sahaja semasa bergelut dengan masalah kesihatan, tetapi semua usaha itu membuahkan hasil. Semoga pelajar ini mencapai lebih banyak lagi kejayaan pada masa depan!
Lagi di sini:
Artikel asal oleh: iloveborneo.my
RM13.01
