Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Terpotong Isi Telinga Hingga Terputus, Pelakon Thai Mahu Saman Tukang Gunting Rambut


Akibat Terpotong Telinga, Pelakon Thai Ingin Saman Tukang Gunting Rambut

Terpotong Isi Telinga Hingga Terputus, Pelakon Thai Mahu Saman Tukang Gunting Rambut

Seorang pelakon terkenal Thailand berdepan dengan detik cemas apabila sebahagian isi telinga kanannya terputus akibat terpotong ketika menggunting rambut, lapor The Thaiger.

Ekoran itu, Natthapong “Oatmeal” Kanthathan kini merancang untuk menfailkan sama terhadap tukang rambut berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku ketika pelakon Natthapong mendapatkan perkhidmatan memotong rambut daripada sebuah kedai gunting rambut di Thong Lor, Bangkok.

Perkara berkenaan dikongsikan oleh Natthapong sendiri melalui akaun TikToknya pada 5 November lepas.

Menerusi akaun TikToknya (@o.atx), pelakon yang berusia 26 tahun itu menjelaskan sudah menjadi rutin untuk beliau menggunting rambut di kedai berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, kedai berkenaan juga turut menjadi pilihan kebanyak selebiriti Thai terutamanya yang berada di bawah pengurusan Mflow Entertainment.

Katanya lagi, mereka memilih perkhidmatan memotong rambut di kedai tersebut kerana kedai berkenaan dimiliki oleh salah promoter syarikat pengurusan berkenaan.

Menurut Nattaphong, kejadian berkenaan berlaku pada 28 September lepas ketika dia bersama rakan sekerja singgah di kedai berkenaan untuk memotong rambut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika mendapat perkhidmatan gunting rambut di sana, tukang gunting rambut itu didakwa telah memotong sebahagian isi daripada telinga kanannya.

Natthapong turut menambah, sebelum kejadian itu berlaku, dia menyedari tukang gunting rambut berkenaan kelihatan sedikit mengantuk dan tidak fokus dengan kerjanya.

Susulan itu, beliau telah dikejarkan ke hospital dan menerima tujuh jahitan disebabkan kecederaan terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tukang gunting rambut enggan membayar pampasan kepada pelakon Thai tersebut

Dalam hantarannya, Nattaphong berkata bahawa tukang gunting rambut itu telah membayar kos perubatan bernilai 15,375 baht (RM2,019.13).

Selain itu, tukang gunting berkenaan turut memberikan sebanyak 1,500 baht (RM196.99) sebagai bayaran insurans kesihatannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, kedai berkenaan enggan bertanggungjawab lebih lanjut dan tidak menawarkan sebarang bayaran pampasan di atas insiden berkenaan.

Katanya lagi, ekoran kejadian malang berkenaan, dia hilang pendapatan kerana terpaksa tawaran berlakon kerana kecederaan itu memerlukan masa untuk pulih.

@o.atx

ผมทนไม่ได้แล้วครับ ไร้ความรับผิดชอบ ไร้จรรยาบรรณ โครตเสียใจเลยครับทุกคน #โหนกระแส #พี่หนุ่มกรรชัย #ช่วยด้วย ร้านทำผมย่านทองหล่อ

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ เสียงต้นฉบับ – oatmeal – oatmeal

BACA: Suami Isteri Gigih Hantar Sendiri Makanan Dijual, Jalin Keakraban Dengan Pelanggan

Sumber: Thaiger

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post Terpotong Isi Telinga Hingga Terputus, Pelakon Thai Mahu Saman Tukang Gunting Rambut appeared first on Siakap Keli.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications