Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Tertarik Tengok Tahap Keimanan Rakyat Palestin, TikToker Amerika Ini Akhirnya Peluk Islam


TikToker Amerika peluk islam

Tertarik Tengok Tahap Keimanan Rakyat Palestin, TikToker Amerika Ini Akhirnya Peluk Islam

Seorang pempengaruh TikTok dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Megan Rice dilaporkan telah mengucapkan dua kalimah syahadah dan menjadi seorang Muslim.

Penghijrahan wanita tersebut bermula ketika dia berkongsikan berkenaan pelbagai fakta yang ditemuinya di dalam Al-Quran menerusi akaun TikTok miliknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wanita itu juga dikatakan telah mendalami dan memahami Al-Quran selepas dia tertarik dengan semangat juang dan tahap keimanan yang tinggi ditunjukkan oleh rakyat Palestin walaupun diambang maut.

Kredit TikTok

Proses wanita itu mengucapkan syahadahnya turut dikongsikan oleh laman X @Alhamdulillaah pada pagi tadi.

Proses mengucapkan kalimah syahadah itu dilakukan oleh Megan menerusi siaran langsung bersama seorang ustaz dari Syria.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ustaz Ahmad Bostani telah mengajar Megan bagaimana untuk mengucapkan syahada dan menjadi seorang muslim.

Dalam pada itu, Ustaz Ahmad Bostani turut memuat naik siaran ‘Live’ TikTok beliau bersama Megan sewaktu proses itu berlaku.

Kredit TikTok

Menerusi perkongsian muat naik video itu, Ustaz Ahmad Bostani memulakan ucapan syahadah tersebut sambil diikuti oleh Megan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Usai mengucapkan kalimah syahadah, jelas terpancar reaksi kegembiraan dan teruja di wajah Megan.

Perkongsian muat naik itu telah mengundang pelbagai reaksi dan ucapan hangat daripada pengguna media sosial tersebut.

Pengguna TikTok di serata dunia dapat dilihat mengucapkan ucapan selamat datang kepada Megan yang baru sahaja bergelar sebagai muslimah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Megan, kami sudah jatuh cinta pada pertama kali anda muncul di FYP (paparan utama di TikTok) kami! Anda adalah seorang yang luar biasa. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, Ameen!,” tulis seorang netizen yang teruja dengan berita itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Alhamdulillah, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar. Selamat menjadi seorang muslim sahabat saya. Saya sayang anda sangat-sangat,” tulis seorang lagi netizen yang memberikan ucapan hangat selamat datang kepada Megan.

“Tahniah. Saya sangat gembira untuk anda dan kami semua. Selamat datang sebagai saudara muslim. Alhamdulillah. Semoga anda dirahmati Allah,” tulis seorang lagi netizen.

@abostani

Welcome sis. @Megan Rice to your new life! #muslim #muslimtiktok #fyp #foryou #islam #shahada

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – abostani

Sumber: X/@Alhamdulillaah, TikTok/@abostani

The post Tertarik Tengok Tahap Keimanan Rakyat Palestin, TikToker Amerika Ini Akhirnya Peluk Islam appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Sukan

0 MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap ‘perang’ yang tercetus antara Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berterusan sepanjang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications