Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Teruja Cuba Makanan Etnik Lunbawang, Reaksi Tiktoker Dari Korea Ini Raih Perhatian Warga Sarawak


Siap beri review jujur pulak tu

Teruja Cuba Makanan Etnik Lunbawang, Reaksi Tiktoker Dari Korea Ini Raih Perhatian Warga Sarawak. Baru-baru ini, seorang TikToker dari Korea Selatan yang dikenali sebagai Seonma telah berkongsi pengalamannya membawa ibu bapa beliau mencuba pelbagai jenis makanan etnik Lunbawang di sebuah kedai di Miri, Sarawak.

Dalam video TikTok selama 1 minit 25 saat itu, Seonma dan ibu bapanya kelihatan begitu menikmati keenam-enam hidangan tradisional etnik Lunbawang iaitu sayur paku, terung asam, nasi dalam bungkus daun pisang atau luba laya, pucuk ubi tutuk dan sayur rebung.

Teruja Cuba Makanan Etnik Lunbawang, Reaksi Tiktoker Dari Korea Ini Raih Perhatian Warga Sarawak
Teruja Cuba Makanan Etnik Lunbawang, Reaksi Tiktoker Dari Korea Ini Raih Perhatian Warga Sarawak. Sumber: Tiktok

Menurut Seonma, antara keenam-enam hidangan Lunbawang tersebut, sayur rebung dan pucuk ubi tutuk menjadi pilihan ibu bapa beliau. Mereka juga amat terkejut dengan harga makanan yang hanya RM46 sahaja walaupun hidangan yang dijamu sangat banyak dan istimewa.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih 261K tontonan dan ratusan komen positif daripada pengguna Tiktok. Ramai memuji inisiatif Seonma yang membawa ibu bapanya menjamu selera makanan tradisional etnik Lunbawang di Sarawak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara komen yang ditinggalkan pengguna tiktok dalam video beliau:

Menariknya, ramai yang meninggalkan komen untuk mengetahui lokasi kedai tersebut kerana rata-rata netizen tertarik dengan review jujur daripada ayah dan ibu beliau.

Teruja Cuba Makanan Etnik Lunbawang, Reaksi Tiktoker Dari Korea Ini Raih Perhatian Warga Sarawak

“Video macam ni buat saya rindu kampung halaman Miri. Tetiba teringin nak balik makan linut, pucuk ubi dan rebung!”

tambah netizen

Netizen berharap lebih ramai lagi blogger asing akan datang ke Sarawak untuk mempromosi makanan tempatan kerana masakan etnik Sarawak unik dan susah dijumpai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca lagi artikel menarik:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Mamak News

0 Lelaki Bunuh Ibu Bapa Direman Seminggu KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Lelaki yang dipercayai membunuh ibu dan bapanya dalam pergaduhan di rumah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications