Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

“Terus Datang Peluk,” Bantu Secara Pro Bono, Peguam Kongsi Kisah Sayu Didatangi Bapa Tertuduh


Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Terus Datang Peluk,” Bantu Secara Pro Bono, Peguam Kongsi Kisah Sayu Didatangi Bapa Tertuduh

Setiap kesalahan atau bentuk kejahatan pastinya perlu dihukum dengan hukuman yang setimpal. Oleh itu, wujudnya sistem perundangan dan kehakiman bagi mengadili setiap jenayah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak kira ia melibatkan kesalahan sivil mahupun berlandaskan syariat Islam perlu diadili di mahkamah yang telah ditetapkan bidang kuasanya.

Perkara ini setidak-tidaknya menimbulkan kesedaran kepada pesalah ataupun individu yang ingin berjinak dalam kes-kes jenayah. Secara tidak langsung ia akan membendung kadar jenayah dalam negara.

Bagi mereka yang bakal didakwa (defendan) di Mahkamah, kebiasaan akan datang bersama peguam bela untuk mempertahankannya di hadapan hakim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika tidak, defendan bakal berdepan dengan hukuman atau denda sekiranya gagal memberi keterangan munasabah.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu perkongsian pengalaman oleh seorang peguam, Aidil Akmal di platform TikTok.

Menurutnya, ketika hadir ke Mahkamah untuk proses kes anak guamnya pada pagi hari, dia melihat kelibat seorang anak muda duduk di atas kerusi roda dengan berkaki simen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Individu itu berumur lingkungan 29 tahun. Sewaktu namanya dipanggil dan pertuduhan dibicarakan, pemuda itu mengaku bersalah.

BACA JUGA: Tak Perlu Pergi Bengkel, Abang Ni Tunjuk Cara Tukar Sendiri “Wiper” Kereta 

Bagaimanapun, Aidil menjelaskan, dia tidak sampai hati melihat pemuda berkenaan tergagap-gagap seperti bingung untuk berkata ketika rayuan hukuman ditanyakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dan bila Puan Majistret tengok aku, aku pun tengok dia. So aku bangunlah tolong explain balik dekat anak muda tu apa yang berlaku dan aku wakilkan diri as peguam pro bono untuk dia.

“Syukur Alhamdulillah setelah selesai rayuan, mahkamah hanya mengenakan hukuman denda sahaja tanpa dikenakan hukuman penjara,” katanya.

Habis sahaja perbicaraan itu, dia didatangi oleh seorang lelaki yang merupakan bapa kepada Orang Kena Tuduh (OKT) tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sayu Hati 

Belum sempat berbuat apa-apa, lelaki tersebut menghulurkan tangan untuk bersalam dan memeluk Aidil kerana memberikan pertolongan dalam kes berkenaan.

Jelas lelaki itu, dia telah pergi ke Biro Bantuan Guaman untuk meminta pertolongan peguam bagi membela kes anaknya namun tidak berhasil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata Aidil, mendengar luahan ayah kepada OKT telah menyentuh hatinya. Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan pakcik itu lebih-lebih lagi tiada peguam yang mahu membela anaknya sebelum ini.

“Hati aku sayu dan bagitau dekat pakcik tu apa yang aku buat hari ini hanya jadi penyampai sahaja, dan yang berlaku adanya izin Allah. Aku percaya hati aku terdetik untuk tolong sebab izin Allah, berkat doa pakcik tu,” tulisnya.

Adil yang juga seorang peguam menasihatkan sebelum melakukan apa-apa kesalahan jenayah, perlu diingatkan negara ini mempunyai undang-undang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan sahaja itu, setiap tindakan yang ingin dilakukan, berfikir dahulu tentang nasib orang-orang tersayang yang bakal menimpa.

Dalam pada itu, Aidil berkata perkongsiannya itu hanya untuk sebarkan kebaikan dan tiada sebarang unsur untuk menjatuhkan mana-mana institusi.

Sumber: TikTok @aidilakmal__

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Setia Fontaines Bertam bakal berubah wajah apabila memasuki fasa terakhir persiapan menjelang Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 anjuran Permodalan...

Lifestyle

0 Seorang lelaki sanggup merogol rakan perempuannya sendiri selepas makan malam Dipelawa Keluar Makan Malam, Remaja Perempuan Trauma Dirogol Rakan Lelaki Di Tangga. Seorang...

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications