Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

TGV Bukit Jalil untuk pencinta dunia panggung


TGV Cinemas meraikan pelancaran lokasi pawagam terbaharu, TGV Pavilion Bukit Jalil dengan menawarkan pengalaman menonton filem yang lebih inovatif, menarik dan interaktif.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Lay Han berkata, pihaknya komited dalam memastikan penonton mencapai kepuasan maksimum mengikuti filem pilihan bersama yang tersayang.

“Kami tidak berkompromi dalam soal kualiti tontonan apabila menjadi pawagam pertama di Malaysia yang menawarkan IMAX dengan Laser System dan 12-Channel Sound Technology.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Teknologi canggih ini memberikan pengalaman tontonan filem multidimensional yang lebih realistik bersama kualiti gambar cerah dan kontras warna menakjubkan.

“Secara tidak langsung TGV Cinemas menawarkan pengalaman sinematik yang berganda buat penonton,” katanya selepas pembukaan rasmi pawagam tersebut, baru-baru ini.

Dilengkapi 16 dewan dan 1,555 tempat duduk, setiap panggung menyediakan 100 peratus skrin digital, kerusi rehat selain ruang kaki luas untuk keselesaan optimum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

TGV Cinemas juga bekerjasama dengan syarikat Mattel South Asia dengan menyediakan ruang khas kanak-kanak iaitu City of Play terbesar dengan keluasan 2,041 kaki persegi.

“Banyak kelebihan ditawarkan untuk kaki wayang bersantai dan bersosial di ruang rehat yang direka mengikut tema filem sambil menikmati Wi-Fi berkelajuan tinggi secara percuma di seluruh kawasan pawagam.

“Kami mahu mereka yang datang ke sini tidak berasa gusar kerana semua kemudahan sampingan disediakan khas buat khalayak penonton.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Lokasi TGV baharu ini juga mempunyai tiga dewan Indulge yang eksklusif untuk pengalaman menonton filem premium serta dua dewan Beanie di mana penonton boleh mengikuti filem pilihan dalam pod beanbag,” kata Lay Han lagi.

Sebagai pelengkap, TGV Pavilion Bukit Jalil memberi peluang kepada jemputan menonton filem The Marvels dalam versi IMAX yang menyuntik pengembaraan sinematik penuh mendebarkan.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Sukan

0 MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukan itu perlu muhasabah diri bagi memastikan pemain-pemainnya tidak terlalu selesa dengan kejayaan dikecapi selama...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar Nadeera berbesar hati apabila namanya dibandingkan dengan penyanyi senior namun enggan perbuatan tersebut dilakukan secara berlebih-lebihan. Kata...

Mamak News

0 Angka Kematian Di Palestin Meningkat Kepada 17,674 Orang – Kementerian Kesihatan RAMALLAH (Palestin), 10 Dis (Bernama-WAFA) — Angka kematian penduduk Palestin susulan serangan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications