Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Thailand sekat hajat Malaysia layak lebih awal


KUALA LUMPUR – Hasrat skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Asia B-23 tahun depan lebih awal tidak terlaksana apabila tewas 1-0 kepada Thailand pada aksi terakhir Kumpulan H pusingan kelayakan di Stadium Chonburi, sebentar tadi.

Bagaimanapun, peluang anak buah E. Elavarasan untuk layak masih lagi terbuka selaku empat pasukan naib juara terbaik namun segalanya akan terjawab selepas berakhirnya enam lagi baki perlawanan dari kumpulan berasingan.

Ketika ini, Tajikistan dan Kemboja dilihat menjadi pecabar utama buat skuad negara namun kedua-dua negara itu turut berdepan lawan sukar iaitu Australia serta Arab Saudi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Thailand seakan mengambil masa untuk membaca permainan apabila dilihat membiarkan Malaysia bermula garang sehingga berjaya cipta beberapa gerakan menarik.

Selepas aksi berusia 15 minit, Thailand mula menyerlahkan kualiti sebenar hingga memaksa pemain negara lebih banyak menumpukan perhatian kepada tugasan bertahan.

Minit ke-20, penyokong tuan rumah akhirnya ceria untuk meraikan jaringan pembukaan menerusi tandukan Yotsakon Burapha dan gol itu jelas meningkatkan semangat Thailand yang dilihat cukup tenang dalam setiap kali mengatur serangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bersambung babak kedua, disebalik kesukaran yang dihadapi pemain negara untuk merapati kotak penalti lawan, beberapa kesilapan pertahanan hampir mengundang padah namun peluang terhidang gagal disudahkan dengan lebih baik oleh penyerang Gajah Perang.

Keputusan Elavarasan memasukan dua lagi penyerang Alif Ikmalrizal Anuar dan T. Saravanan juga gagal membuahkan hasil untuk mengesahkan kemenangan buat Thailand. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications