Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Thailand silap langkah benarkan ganja


BANGKOK: Hampir dua bulan lebih ganja dibenarkan untuk digunakan di Thailand, namun kebenaran itu sebenarnya menimbulkan banyak reaksi bantahan daripada golongan ibu bapa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

Apatah lagi, sejak penduduk Thailand dibenarkan untuk menanam pokok ganja di kediaman masing-masing dan polis tidak akan menahan sesiapa yang menghisap ganja di rumah bermula 9 Jun lalu. 

Bermula tarikh itu juga, ganja secara automatik digugurkan dari senarai Kategori 5 Narkotik terlarang yang diterbitkan dalam Warta Diraja, lapor Bangkok Post. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih membimbangkan apabila ganja bukan sahaja dijual di pasar dan kedai terbuka, bahkan terkini dadah itu sudah mula dijual di mesin layan diri. 

Bimbang keadaan lebih melarat, 33 organisasi NGO menggesa pihak kerajaan menggariskan undang-undang ganja bagi kegunaan rekreasi serta melarang golongan kanak-kanak dan remaja menggunakan bahan yang menyebabkan ketagihan itu. 

Pengarah Pusat Latihan Juvana Vokasional Baan Kanchanapisek, Ticha Na Nakorn yang mewakili gabungan NGO itu berkata, sejak ganja dibenarkan untuk ditanam dan dihisap, ramai pihak termasuk golongan doktor dan NGO melahirkan kebimbangan kesan terhadap ibu mengandung, kanak-kanak dan remaja. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun rang undang-undang (RUU) kanabis kini dalam penelitian Dewan Rakyat, orang ramai masih bebas mendapatkan produk, tumbuhan dan bunga kering yang disemai melalui kanabis tanpa sebarang peraturan khusus. 

Situasi ini lebih merungsingkan kerana tiada langkah keselamatan ditetapkan seperti melarang individu menggunakan ganja sebelum memandu kereta atau berapa banyak sukatan dibenarkan untuk digunakan dalam masakan dan minuman. 

“Kita tuntut undang-undang lebih tegas mengenai penggunaan ganja sama ada untuk diproses, digunakan, diedarkan atau diiklankan. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kita juga mahu undang-undang dikuatkuasakan bagi menghalang golongan di bawah usia 20 tahun mengambil ganja sekali gus melindungi masa depan kanak-kanak,” tegasnya.  

Gabungan NGO itu menganjurkan kempen bantahan dengan beberapa ahli memakai pakaian seragam sekolah dan topeng muka putih serta menggantungkan kertas daun ganja di leher sambil menyilangkan tangan. 

LEBIH RAMAI HISAP GANJA 

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom
<em><strong>SEORANG lelaki menunjukkan tunas ganja semasa festival di wilayah Nakhon Pathom AFP<strong><em>

Pengarah Pusat Kajian Ketagihan di Fakulti Perubatan Universiti Chulalongkorn, Rasmon Kalayasiri, berkata, tiada undang-undang yang mengawal penggunaan kanabis dalam makanan dan jumlah bahan aktif tetrahydrocannabinol (THC) yang berlebihan dicampur dalam makanan boleh menyebabkan mabuk dan khayal.  

“Apa yang paling saya bimbang ialah penggunaan ganja dalam kalangan remaja kerana ia beracun dan boleh merosakkan sel otak. 

“Walaupun tiada bukti jelas menujukkan ganja adalah pencetus kepada keadaan lebih teruk, ibu bapa perlu memberi perhatian kepada anak mereka dengan menjauhkan mereka daripada dadah itu,” jelasnya, 

Pada masa sama, beliau berkata, menerusi kajian dijalankan, pasukannya mendapati dasar kanabis kerajaan sebenarnya menggalakkan belia menggunakan dadah itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kajian terbabit mendapati, satu peratus remaja menggunakan ganja pada 2019, tetapi jumlah itu meningkat dua peratus pada 2020 dan 2.5 peratus tahun lalu.

TUNTUT RUU GANJA 

Dalam pada itu, ahli Parlimen Bhumjaithai, Supachai Jaisamut berkata, Ahli Jawatankuasa Dewan Rakyat akan meneliti RUU mengenai ganja untuk dipertimbangkan. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, draf itu sudah diterima oleh Parlimen dan sebarang semakan akan dilakukan dengan lebih teliti. 

Jelasnya, RUU itu akan melarang penggunaan ganja terhadap golongan yang terdedah bahaya seperti remaja, wanita mengandung dan individu yang mempunyai kecelaruan minda. 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement