Hi, what are you looking for?

Sukan

The Azzurri tempah slot semi final


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

BUDAPEST – Itali menjadi pasukan seterusnya melangkah ke separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah selepas muncul juara Kumpulan A3 dengan menewaskan Hungary 2-0 pada perlawanan yang berlangsung di Puskas Arena awal pagi semalam.

The Azzurri turun dengan misi wajib menang memandangkan hanya kemenangan dapat membantu mereka memastikan tempat ke pusingan empat pasukan terbaik yang dijadualkan berlangsung Jun tahun depan.

Pada perlawanan tersebut, Hungary menampilkan aksi lebih baik apabila menguasai permai­nan, namun tuah lebih memihak kepada Itali yang berjaya menjaringkan dua gol menerusi Gia­como Raspadori dan Federico Dimarco.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami bermain cukup baik dalam 70 minit permainan, namun pada 20 minit terakhir, kami seolah-olah hilang arah tuju. Secara jujur, saya kecewa dengan perubahan momentum yang ditunjukkan pemain.

“Apabila mendahului perlawanan dengan kelebihan dua gol, sepatutnya kami mengawal permainan, tetapi sebaliknya yang berlaku. Situasi itu menyebabkan saya agak marah,” kata Ketua Jurulatih Itali, Roberto Mancini.

Bekas pengendali Manchester City itu mengakui lega selepas pasukannya melayakkan diri ke separuh akhir kerana meng­anggap ia sebagai saguhati memandangkan Itali gagal melangkah ke saingan Piala Dunia 2022 di Qatar November depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bagi saya, adalah sangat penting untuk kami melangkah ke separuh akhir buat kali kedua berturut-turut. Saya anggap ini satu kejayaan kerana kami berada dalam kumpulan yang sukar,” ujarnya. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUMUT – Perolehan Kapal Songan Pelbagai Peranan (MRSS) kini menjadi satu keperluan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengundang sebak ramai apabila memuat naik gambar menerima skrol diploma mewakili...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. QUETTA: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 28 lagi cedera selepas seorang pengebom berani mati bertindak menyerang sebuah kenderaan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Tindakan kanak-kanak perempuan yang berusia tiga tahun yang rajin melipat pakaian sendiri sambil menyanyi kegirangan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications