Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Tiada Ahli Dewan Rakyat Dapat Kepercayaan Majoriti Mudah Dilantik Sebagai PM – Istana Negara


Tiada Ahli Dewan Rakyat Dapat Kepercayaan Majoriti Mudah Dilantik Sebagai PM – Istana Negara

Kuala Lumpur, 22 November 2022 – Adalah dimaklumkan bahawa Istana Negara hari ini telah menerima pemakluman berkenaan gabungan parti-parti politik pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bag pembentukan kerajaan baharu daripada ketua parti-parti dan ketua gabungan parti-parti politik yang mempunyai jumlah kerusi Parlimen yang banyak susulan daripada keputusan PRU15.

Bersama dengan pemakluman tersebut, ketua parti-parti politik dan ketua gabungan parti-parti politik berkenaan turut mengemukakan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 kepada Istana Negara sepertimana yang telah diminta dengan kerjasama Yang di-Pertua Dewan Rakyat YBhg. Tan Sri Azhar Azizan Harun pada 20 November 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Laniutan daripada penerimaan pencalonan nama Perdana Menteri tersebut, proses pengesahan calon Perdana Menteri yang memperoleh kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat telah dilaksanakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Proses ini adalah bertujuan supaya Seri Paduka Baginda dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Kendatipun begitu, setelah dipersembahkan hasil pengesahan calon-calon Perdana Menteri, adalah didapati bahawa tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara yang tersebut di atas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memandangkan tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah, maka Seri Paduka Baginda menitah perkenan untuk ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional menghadap pada jam 4.30 petang ini di Istana Negara.

Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai.

Seri Paduka Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Bersabar, Biar Saya Buat Keputusan Dalam Masa Terdekat – YDP Agong

Sumber: Istana Negara

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Madu kepada pempengaruh media sosial Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata ketiga dengan...

Sukan

3s PETALING JAYA – Pengendali import dari Sepanyol, Juan Torres Garrido diberi tugas tambahan untuk ‘menjaga’ skuad bawah 20 (B-20) kebangsaan selain daripada tanggungjawab...

Sukan

3s SHAH ALAM – Seperti dijangka, skuad badminton lelaki negara tidak berdepan sebarang masalah untuk menewaskan Brunei 5-0 bagi meraih kemenangan pertama pada Kejohanan...

Sukan

3s LONDON – Arsenal terus mencabar kelomp teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas melakar kemenangan bergaya 6-0 ke atas West Ham di Stadium London...

Advertisement