Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Tiada lagi Kelantan FC di Liga Super


KUALA LUMPUR – Masa depan Kelantan FC dalam saingan Liga Super musim depan akhirnya terlerai apabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal selepas tidak diberikan lesen kebangsaan oleh First Instance Body (FIB).

Mesyuarat Pelesenan Kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL) FIB yang diadakan secara dalam talian, semalam membuat keputusan bahawa Kelantan FC gagal memperolehi lesen kebangsaan sekali gus menyaksikan mereka tidak layak bertanding dalam saingan Liga Super musim 2024-2025.

Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif, berkata pihaknya juga turut melakukan semakan dengan pihak berkaitan sebelum membuat kata putus tidak keluarkan lesen kebangsaan kepada The Red Warriors.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pihak FIB juga telah melakukan semakan bersama Persatuan Pemain Bolasepak Professional Malaysia (PFAM) dan Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) bagi memastikan bahawa pembayaran gaji telah dilakukan oleh pihak Kelantan.

“Namun begitu, setelah semakan dibuat, terdapat beberapa pemain dan pegawai yang masih belum menerima gaji bulan Ogos 2023 atas beberapa sebab.

“Seterusnya bagi langkah kedua, pihak FIB mengarahkan Kelantan menjelaskan semua lima kes Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mempunyai keputusan sebelum 31 Ogos 2023 sebelum atau pada 31 Disember 2023 jam 5 petang, bagaimanapun pihak FIB tidak menerima sebarang dokumen sehingga tarikh akhir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kelantan FC juga tidak menghantar bukti resit bayaran ansuran bulanan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk tunggakkan sehingga Ogos 2023,” katanya.

Keputusan ini dibuat kerana Kelantan FC telah gagal untuk melengkapkan dua Kriteria Kewangan dibawah sub-kriteria F.04 (No Payables Overdue Towards Employees, LHDN, KWSP, PERKESO & EIS – As At June) dan sub-kriteria F.11 (No Payables Overdue Towards Employees, LHDN, KWSP, PERKESO & EIS – As At August) sebelum tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 30 November dan 31 Disember 2023.

Sebelum ini FIB sudah pun menjatuhkan hukuman denda kepada Kelantan sebanyak RM20,000.00 serta hukuman sekatan perpindahan pemain pada jendela perpindahan seterusnya sehingga kesemua kes FIFA selesai sepenuhnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun Kelantan masih diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan kepada Badan Rayuan Pelesenan Kelab MFL sebelum tarikh akhir pada 8 Januari sebelum jam 5 petang terhadap keputusan FIB. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement