Hi, what are you looking for?

Mamak News

Tiada pelanggaran akta melibatkan akaun dagangan Azam Baki – SC


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memaklumkan tidak terdapat pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berhubung akaun dagangan melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

SC dalam satu kenyataan berkata, bukti bebas yang dikumpulkan pada siasatan akaun dagangan Azam menunjukkan bahawa beliau adalah pemegang akaun dan mempunyai kawalan ke atas akaun dagangan tersebut.

“Bukti juga menunjukkan bahawa Azam mengendalikan akaun yang dibukanya kerana beliau telah memberi arahan untuk membeli, menjual dan memindahkan sekuriti daripada akaun tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Justeru, SC membuat keputusan bahawa tiada pelanggaran Seksyen 25(4) daripada Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan SC tidak dapat membuktikan kewujudan terdapatnya pelanggaran undang-undang berkaitan pemilikan saham yang membabitkan Azam.

Menurut SC, kesimpulan hasil siasatan dibuat menerusi segala bukti yang telah dikumpulkan menerusi peruntukan di bawah Seksyen 25(4) SICDA. – K! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.



Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 12 negeri termasuk Sabah...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Filem Spilt Gravy arahan Datuk Zahim Albakri Ikmal mendominasi 14 daripada 26 pencalonan pada Festival...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Kajian Terbaru Dapati Kematian Bruce Lee Mungkin Disebabkan Minum Air Terlalu Banyak Setelah hampir 50 tahun selepas kematian...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden melarang kelulusan peralatan telekomunikasi baharu daripada Huawei Technologies dan ZTE...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications