Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Tiada penculikan, Musa memang jagaan saya – Noh Salleh


PETALING JAYA – Lama berdiam, penyanyi Noh Salleh akhirnya tampil membersihkan nama selepas didakwa melarikan anak angkatnya iaitu Musa daripada bekas isterinya, Mizz Nina.

Kata Noh, 39, tiada sebarang insiden penculikan yang berlaku memandangkan Musa diambil dengan cara yang sah, selain selamat bawah jagaannya.

“Saya mahu menyangkal cerita mengenai culik anak itu. Tiada penculikan langsung. Musa diserahkan oleh ibu kandungnya untuk dijaga dengan rela hati.

“Amanah dia dapat kepada saya, bukannya ada perebutan tetapi mengikut dokumen dan undang-undang. Sekarang Musa memang bawah jagaan saya. Dia tengah gembira.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Memang saya difitnah melalui tuduhan yang teruk. Saya perlu bersuara sebab tiada unsur penculikan langsung,” katanya dalam temu bual bersama media.

Noh atau nama lengkapnya Mohamad Noh Salleh turut menangkis dakwaan kononnya ditangkap pihak berkuasa seperti digembar-gemburkan sebelum ini.

Vokalis Hujan itu dikatakan menculik Musa daripada jagaan Mizz Nina dengan bantuan pembantu rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia kini sedang berusaha menghubungi bekas isteri yang juga penyanyi serta ahli keluarga lain semata-mata mahu membincangkan hal anak angkat mereka.

Mengulas lanjut, Noh turut menjelaskan, tiada penangkapan dilakukan terhadapnya, namun dia dipanggil ke balai polis untuk membantu siasatan.

“Tiada penangkapan. Hanya pergi ke balai memberikan kenyataan. Tak ada juga yang kena gari atau masuk lokap. Polis minta kerjasama, kita bagi dan mereka faham situasi. Memang tiada unsur jenayah mahupun penculikan.

“Kita sudah cuba macam-macam, hubungi pihak sebelah sana sebab semuanya untuk Musa. Saya buang ego dengan menghubungi bekas isteri tetapi gagal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya juga sudah hubungi orang sekeliling tetapi tak tahu kenapa tidak dapat. Kalau boleh nak berdamai dan curahkan kasih sayang kepada Musa,” jelasnya.

Sebelum ini pada awal Januari lalu, media melaporkan seorang pembantu rumah warga asing didakwa melarikan anak seorang selebriti wanita.

Malah, kejadian tersebut didakwa merupakan rancangan bekas suami selebriti wanita terbabit yang juga vokalis sebuah kumpulan terkenal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan kejadian, selebriti wanita itu terus membuat laporan di Balai Polis Ampang, Selangor. -KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement