Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Tiada Penemuan Objek Asing Pada Komponen Enjin


Nahas Pesawat Di Elmina: Tiada Penemuan Objek Asing Pada Komponen Enjin

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) — Tiada penemuan objek asing, bulu burung atau bahan lain pada komponen enjin pesawat jenis Hawker Beechcraft 390 yang terhempas dalam nahas di Elmina, Selangor pada 17 Ogos lepas.

Menurut laporan awal Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) selaput kipas enjin juga tidak memperlihatkan bukti pembebasan bilah seperti kemik atau lubang, berdasarkan pemeriksaan visual.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pemula, Unit Hidromekanikal (HMU), dan kotak gear telah terputus daripada kedua-dua enjin sebelah kanan dan kiri. Kedua-dua enjin tersebut tidak menunjukkan bukti pembebasan bilah seperti kemik atau lubang pada bahagian kompresor.

“Bagi sistem aileron (permukaan kawalan penerbangan yang tergantung pada sayap) dari jalur kawalan ke aileron kiri dan kanan, sektor belakang dan sektor dalam sayap kiri tidak dapat dikenal pasti dengan tepat disebabkan oleh pecahan kepingan pesawat,” menurut laporan itu.

Laporan tersebut menyatakan bahawa semua sektor kawalan sistem aileron yang masih tinggal dan kelengkapan yang berkaitan adalah baik atau menunjukkan kerosakan yang konsisten dengan bebanan berlebihan, manakala kedua-dua pemacu penyeimbang aileron kiri dan kanan diperpanjang kira-kira 1.9 inci.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengenai sistem flap pesawat, sejumlah lapan pemacu flap ditemui di tapak kemalangan termasuk dua pemacu yang terputus dari batang kawalan.

Laporan tersebut menyebut bahawa semua pemacu flap berada dalam kedudukan ‘BAWAH’ (diperpanjang sepenuhnya) namun di mana pemacu-pemacu itu dipasang pada pesawat tidak dapat ditentukan dengan tepat disebabkan oleh pecahan kepingan pesawat.

Selanjutnya, Modul Kawalan Spoiler Hidraulik (HSCM) yang mengalami kerosakan akibat impak dan haba, akan disimpan untuk pemeriksaan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Unit Kawalan Spoiler (SCU) juga mengalami kerosakan haba. Pemacu keluasan angkat, pemacu kawalan pusing, dan pemacu tarikan (turun) telah dikeluarkan untuk pemeriksaan lanjut,” menurut laporan tersebut.

Sementara itu, pemasangan Roda Pendaratan Utama kiri dan kanan masih kekal pada penambatan sayap masing-masing dan menunjukkan kerosakan akibat haba dan impak.

Bagaimanapun, piston pemacu roda pendaratan utama sebelah kanan terputus akibat impak dan pemacu roda pendaratan utama kiri dan kanan, ditemui dalam kedudukan jatuh sepenuhnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 17 Ogos lepas sebuah pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (WMKL), Kedah ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (WMSA), Selangor telah terhempas semasa hendak mendarat di WMSA.

Pesawat itu musnah akibat rempuhan darat dan kebakaran seterusnya menyebabkan lapan penumpang dan dua orang di darat maut.

Bagaimanapun, AAIB berkata laporan itu mengandungi kenyataan fakta sehingga waktu ia dikeluarkan, dan ia mesti dianggap sebagai sementara, tertakluk kepada pindaan atau pembetulan jika terdapat bukti tambahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataannya hari ini berkata laporan akhir siasatan itu akan disiapkan selewat-lewatnya Ogos tahun depan selaras dengan Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO Annex 13), yang membenarkan tempoh 12 bulan untuk memuktamadkan dokumen itu susulan kemalangan.

BACA: Uncle Roger Lega, One Piece Tarik Balik “Strike” Ke Atas Video “Review” Kari Jepun Sanji

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 DILAHIRKAN dalam keluarga seni membolehkan Sara Ali Khan yang juga anak kepada aktor tersohor, Saif Ali Khan dengan mudahnya memasuki dunia hiburan. Namun...

Mamak News

0 Tindakan Murni Abang Kurier Tolong Lindungi Jemuran “Customer” Dari Hujan Dipuji Tindakan murni penghantar barangan dipuji selepas dia didapati membantu melindungi barangan pelanggan...

Sukan

0 BUKIT MERTAJAM – Pelumba Giant Cycling Team, Deng Penghai tetap meneruskan perjuangan pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 Peringkat 4 dari...

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications