PUTRAJAYA, 2 FEBRUARI 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ingin memaklumkan bahawa, susulan daripada pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai komitmen kerajaan untuk membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga, pelbagai usaha dilaksanakan bagi mengelakkan kesan kepada pengguna.
Antara usaha tersebut termasuklah peranan Kerajaan menerusi KPDN yang menetapkan Harga Runcit Maksimum minyak masak sawit tulen kemasan botol di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2023. Secara umumnya, terdapat sedikit kenaikan harga minyak sawit mentah untuk bulan Januari berbanding bulan sebelumnya. Walau bagaimanapun, berdasarkan rundingan diadakan sebelum ini, Kerajaan dan industri bersetuju untuk mengekalkan harga minyak masak tulen kemasan botol untuk tempoh mulai 8 Februari 2023 hingga 7 Mac 2023.
Berikut adalah Harga Runcit Maksimum bagi barangan harga terkawal minyak masak sawit tulen dalam botol seperti jadual tersebut : Harga Runcit Maksimum Bagi Minyak Masak (Botol)
Barangan
Kuantiti (Kilogram)
Harga Runcit (RM)
Minyak Masak
1 kg
6.90
2 kg
13.30
3 kg
19.60
5 kg
30.90
Mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut:
(a) Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan; (b) Syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000.
Akhir sekali, KPDN turut menggalakkan pengguna menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDN termasuk harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran secara rasmi melalui saluran berikut:
Whatsapp ke 019- 279 4317 / 019-848 8000
Portal eaduan.kpdn.gov.my
Pusat Panggilan 1-800-886-800
Emel [email protected]
Ez ADU KPDN
Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245
Artikel asal oleh: Siakap Keli
