Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

Tiada Transaksi Dibuat Tapi Masih Berlaku, Ini Cara Hentikan Duit Ditolak Dari Akaun Bank Oleh Facebook


Adakah anda menghadapi situasi ini baru-baru ini?

Tiada Transaksi Dibuat Tapi Masih Berlaku, Ini Cara Hentikan Duit Ditolak Dari Akaun Bank Oleh Facebook. Baru-baru ini, terdapat laporan pengguna Facebook mengadu wang mereka ditolak daripada akaun bank mereka oleh ‘Facebook Ads’ walaupun tidak melakukan sebarang transaksi di aplikasi tersebut.

Jika ini pernah berlaku kepada anda atau anda ingin tidak menjadi mangsa kepada masalah ini, berikut adalah panduan bagaimana untuk mengelakkan wang anda daripada ditolak secara automatik oleh Facebook.

| Kampungmamakcom
Tiada Transaksi Dibuat Tapi Masih Berlaku Ini Cara Hentikan Duit Ditolak Dari Akaun Bank Oleh Facebook

Dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang menjadi mangsa masalah ini

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook iaitu Azizah Razak, berkongsi pengalaman beliau menghadapi masalah ini.

Menurutnya, duit beliau ditolak dari akaun bank secara automatik sebanyak 3 kali pada 26 Januari dan 27 Januari lalu, dengan jumlah RM27 kesemuanya. Namun, beliau tidak pasti sama ada akaun banknya mempunyai sebarang potongan sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau kemudian pergi ke banknya untuk membuat laporan mengenai perkara itu, di mana beliau menyatakan beliau tidak pernah meletakkan sebarang butiran perbankan dalam taliannya pada mana-mana aplikasi. Kemudian, pegawai bank itu membuat laporan untuk menyiasat perkara itu.

Azizah berjaya menerima RM179.29 pada 2 Februari lalu, menyedarkannya bahawa banyak wangnya sebenarnya telah ditolak tanpa pengetahuannya.

Langkah untuk menghentikan potongan duit dalam bank oleh Facebook

Berikut ialah langkah yang dikongsi oleh Azizah untuk membantu orang ramai menghalang potongan duit secara automatik oleh Iklan Facebook.

Advertisement. Scroll to continue reading.

1. Pergi ke ‘Settings’ – Anda akan akses ke butang ini di bawah butang ‘Settings & Privacy’

| Kampungmamakcom

2. Tekan ‘Profile Settings’

| Kampungmamakcom

3. Untuk iOS, pilihan ‘Browser’ di bawah Media and Contacts / Untuk Android, anda perlu tekan ‘Media and Contacts’ → ‘Browser Settings’

iOS:

| Kampungmamakcom
Lokasi butang Browser pada aplikasi FB untuk iOS

Android:

| Kampungmamakcom
Lokasi Browser pada aplikasi FB untuk Android
| Kampungmamakcom
Lokasi Browser pada aplikasi FB untuk Android

4. Tutupkan semua pilihan ‘Auto-Fill’ (contact forms, payment forms)

| Kampungmamakcom
Pastikan anda matikan SEMUA pilihan Auto Fill

Jika anda perasan bahawa wang dalam akaun bank anda telah ditolak oleh Facebook Ads, segera pergi ke bank anda untuk membuat laporan mengenai perkara tersebut.

Lagi di sini:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s KUALA PERLIS – Sebelum Perlis yang kini menjadi tumpuan dek suasana alam bertukar menjadi keperang-perangan akibat kemarau, pelakon Rita Nadira sebenarnya telah lama...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon Azri Iskandar menangkis dakwaan segelintir individu yang menuduhnya sebagai kaki kikis apabila dikatakan suka mengambil kesempatan terhadap wanita. Kata...

Hiburan

3s KALAU sudah namanya Roy Azman, pasti ada sahaja yang keluar daripada mulutnya akan menggelikan hati ramai. Terkenal dengan sifat suka mengusik, Roy baru-baru...

Advertisement