Hi, what are you looking for?

Mamak News

Tiada Unsur Cubaan Culik Berlaku Di Telok Panglima Garang


Tiada unsur cubaan culik berlaku di Telok Panglima Garang – Polis

SHAH ALAM, 30 Sept (Bernama) — Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang cubaan culik berlaku di sebuah stesen minyak di Telok Panglima Garang, Kuala Langat sebagaimana yang ditularkan dalam media sosial, kata Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh.

Beliau berkata hari ini, pihaknya mengesan satu video berdurasi seminit 45 saat yang dimuat naik dalam media sosial mendakwa seorang lelaki menghampiri sebuah kereta milik seorang wanita tempatan semasa di stesen minyak itu dan telah berlaku cubaan culik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahmad Ridhwan berkata pada Rabu lepas, Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kuala Langat mengesahkan telah menerima satu laporan polis daripada seorang wanita berumur 34 tahun mengatakan seorang lelaki berkelakuan mencurigakan turun dari sebuah kereta dan menuju ke pintu belakang kereta pengadu yang ketika itu terdapat tiga orang anak pengadu berada di bahagian belakang kenderaan berkenaan.

“Namun daripada siasatan awal ke atas laporan polis tersebut mendapati tiada sebarang cubaan culik berlaku sebagaimana yang ditularkan di media sosial,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Ridhwan berkata polis juga sedang menjalankan siasatan lanjut tentang laporan polis itu bagi mengesahkan kejadian sebenar yang berlaku dan meminta orang ramai tidak membuat kenyataan atau menyebarkan berita yang tidak sahih sebelum merujuk ke pihak berkuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya, insiden tular ‘cubaan culik’ turut terjadi di daerah lain di Selangor dan orang ramai cepat mengaitkan sesuatu insiden terutama membabitkan kanak-kanak dan pelajar dengan ‘cubaan culik’ sedangkan kesahihan sebenar tidak dapat dipastikan dan kes masih dalam siasatan polis.

Beliau menegaskan sebarang kenyataan atau penyebaran berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement