Hi, what are you looking for?

Mamak News

Tiada warga Malaysia terlibat gempa Cianjur


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PUTRAJAYA: Kementerian Luar hari ini mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian gempa bumi di Cianjur, wilayah Jawa Barat, Indonesia, semalam.

Perkara berkenaan disahkan sendiri pihak Kedutaan Besar Malaysia di ibu kota republik tersebut, Jakarta sebagai merujuk kepada insiden bencana itu yang meragut 162 nyawa.

 “Setakat ini tidak ada warga Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam peristiwa buruk itu,” kata kenyataan Wisma Putra di sini ketika mengulas perkembangan gempa dahsyat berukuran 5.6 magnitud Seismik itu berlaku pukul 1.21 tengah hari Isnin waktu Indonesia Barat (2.21 petang waktu Malaysia) di Cianjur kira-kira 110 kilometer dari Jakarta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seramai 389 orang dilaporkan mengalami kecederaan manakala 25 individu lagi masih hilang dengan lebih 2,300 kediaman musnah selain impak gempa dapat dirasai di Jakarta sendiri.

 Mengulas lanjut, Wisma Putra menambah, sekiranya ada mana-mana rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, mereka boleh berhubung terus dengan pihak kedutaan besar menerusi talian pertanyaan umum +62 21 522 4947 atau +62 813 8081 3036 untuk urusan kecemasan selepas tempoh waktu pejabat.

 Kedutaan Besar Malaysia itu yang terletak di Jalan HR Rasuna Said, Kuningan, Daerah Jakarta Selatan juga menerima e-mel yang dihantar kepada alamat [email protected] – UTUSAN

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MARANG – Hanya kerana perlanggaran kecil, seorang lelaki menjadi mangsa tetakan sehingga mengalami kecederaan parah pada bahagian tangan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Mee Kuning Rasa Kapur, Jom Cuba Petua Ini Untuk Hilangkan Rasa Kapur Pada Mee Kuning Terdapat pelbagai jenis...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Orang ramai kini mula mempersoalkan sama ada es akan diberikan cuti peristiwa atau tidak sempena...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Satu kejadian gempa bumi dilapor melanda kawasan utara Filipina sebentar tadi, kira-kira pukul 11.05 malam. Menurut United States...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications