Seorang lelaki memandu sebuah lori terlibat dalam kemalangan, terlanggar kanak-kanak
Tiba-Tiba Keluar Dari Celah Pokok, Budak 5 Tahun Maut Digilis Lori. Pada petang Khamis, seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut selepas digilis dengan sebuah lori di Kampung Paya Mengkuang Batang Tiga.
Menurut laporan, Nur Qayra Quraisya Muhamad Qayyum meninggal dunia di tempat kejadian pada pukul 5.25 petang akibat kecederaan kepala yang serius.
Dalam pada itu, menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit menyatakan bahawa siasatan awal mendapati mangsa dipercayai bermain bersama saudaranya di kawasan berhampiran lokasi kejadian.
Sebuah lori keluar dari simpang lalu melanggarnya dengan tidak sengaja
Pada masa sama, sebuah lori Daihatsu Delta yang dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun itu cuba keluar dari simpang itu.
“Bagaimanapun mangsa dipercayai secara tiba-tiba keluar dari arah celah pokok dan berlari ke arah lori yang sedang bergerak.
“Akibatnya pemandu lori tidak perasan kehadiran mangsa lalu terlanggar sebelum menggilisnya.
“Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dan mayatnya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka,” katanya dalam satu kenyataan menerusi sumber.
Sementara itu, dia turut mengatakan bahawa kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Baca juga artikel yang berkaitan:
Artikel asal oleh: iloveborneo.my
