Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

‘Tiba-tiba’ Rasa Tak Serasi, Pengantin Wanita Tak Jadi Kahwin & Tinggalkan Majlis


Pengantin Perempuan Batal Perkahwinan 'Last Minute' Ketika Majlis Sedang Berlangsung

‘Tiba-tiba’ Rasa Tak Serasi, Pengantin Wanita Tak Jadi Kahwin & Tinggalkan Majlis

Seorang pengantin perempuan di Taiwan membuat kejutan apabila membatalkan hasratnya untuk berkahwin di depan tetamu pada saat-saat akhir, ketika majlis sedang berlangsung.

Menurut laporan Thaiger, selepas meluahkan isi hatinya, wanita itu kemudian bertindak meninggalkan majlis perkahwinan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tindakan pengantin perempuan tersebut lantas membuatkan suasana bertukar kecoh. Manakala pihak pengantin lelaki dan para tetamu yang hadir terkesima dengan apa yang berlaku.

Kejadian berkenaan turut dirakam dan dimuat naik di media sosial sebelum menjadi tular. Berdasarkan video berkenaan, majlis tersebut dipercayai diadakan di sebuah dewan di hotel mewah yang dihias indah.

Rasa tak serasi, pengantin perempuan nekad batalkan majlis perkahwinan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada awalnya, kedua-dua pengantin dirakam berada di atas pentas bagi menyempurnakan pembacaan ikrar perkahwinan. Manakala upacara berkenaan disaksikan oleh tetamu dan kenalan rapat yang memenuhi dewan berkenaan.

Ketika permulaan pembacaan ikrar berkenaan, pengantin lelaki menyatakan perasaan teruja dengan perkahwinan tersebut.

“Saya berasa sangat gembira kerana dapat bersama dengan awak. Terima kasih kerana sudi berkahwin dengan saya. Saya cintakan awak,” kata pengantin lelaki itu kepada pasangannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengantin perempuan memberikan respons yang tidak seperti dijangka

Walau bagaimanapun, pengantin perempuan tidak memberikan maklum balas seperti yang dijangkakan oleh semua pihak.

“Sebenarnya, saya pun cintakan awak. Tetapi, semasa saya memakai gaun perkahwinan ini dan berjalan ke dalam dewan bersama awak, ada rasa khuatir di hati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya rasa, kita berdua tidak serasi. Saya minta maaf…saya tak boleh berkahwin dengan awak,” ujar pengantin perempuan berkenaan.

Kemudian, wanita itu bertindak menyerahkan mikrofon kepada pengerusi majlis dan meninggalkan sejambak bunga yang dipegangnya.

Seterusnya, dia mengangkat bahagian bawah gaunnya dan keluar dari dewan meninggal majlis tersebut. Tindakan drastik wanita itu menyebabkan pengantin lelaki tergamam dan tetamu yang hadir terkejut besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Orang ramai mempersoalkan tindakan wanita berkenaan

Selepas menerima kejutan yang cukup padu, pengantin lelaki tersebut segera mengambil sejambak bunga yang ditinggalkan wanita tersebut dan mengejarnya.

Lelaki itu dipercayai ingin mendapatkan penjelasan berkenaan keputusan yang diambil oleh wanita itu pada saat-saat akhir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut laporan Sanook, seluruh dewan menjadi kecoh apabila para tetamu cuba untuk memahami apa yang berlaku di depan mereka.

Dalam laporan yang sama turut menyatakan bahawa majlis perkahwinan tersebut telah dihentikan serta-merta.

Justeru, insiden ini telah menarik perhatian dari warga maya, yang rata-rata menzahirkan rasa tidak puas hati dan mengkritik tindakan pengantin perempuan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tidak mengapa untuk merasa patah hati, tetapi sekurang-kurangnya anda harus menghormati pengantin lelaki dan menjaga maruahnya.

“Pilih masa yang sesuai, bukan di hadapan ramai dan jadikannya sebagai satu jenaka seperti itu. Apa yang anda lakukan adalah keterlaluan.

“Saya hanya ingin tahu, dalam kes ini, adakah keluarga pengantin perempuan akan bertanggungjawab untuk semua kerugian?

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semua orang tahu berapa banyak wang dan masa yang diperlukan untuk menganjurkan majlis perkahwinan, apatah lagi hanya untuk menjaga hubungan dengan tetamu.”

BACA: Cameron Highlands Mendunia, Diiktiraf Antara 51 Tempat Tercantik Di Dunia

Sumber: Thaiger

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post ‘Tiba-tiba’ Rasa Tak Serasi, Pengantin Wanita Tak Jadi Kahwin & Tinggalkan Majlis appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Berjaya Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram Seorang kanak-kanak berasal dari United Kingdom dilaporkan berjaya menangkap ikan keli...

Mamak News

0 Gelagat Final Piala Malaysia, Penyong Datang Stadium Pakai Baju Pengantin Bahang kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 kian terasa. Penyong pasukan yang bertanding,...

Lifestyle

0 Perjalanan Alyssa dalam Universe Ticket Berakhir, Pengunduran Penuh Spekulasi Gadis Borneo Tarik Diri Dari Universe Ticket, Netizen Dakwa Produksi TV Korea Selatan Berat...

Mamak News

0 Ready. Set. Mechanize! PUBG MOBILE x Mechamato Memasuki Medan Tempur KUALA LUMPUR, 7 Disember 2023  – PUBG MOBILE, salah satu permainan mudah alih...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications