Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Tidak ada perjanjian punca penerbangan komersial dihentikan di LTAM


MELAKA – Kerajaan negeri sedang merangka terma perjanjian yang lebih adil supaya syarikat penerbangan yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam di sini tidak menamatkan perkhidmatan sewenang-wenangnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, ketiadaan perjanjian khusus sebelum ini menyebabkan syarikat penerbangan bebas membuat keputusan untuk meneruskan operasi atau tidak berdasarkan kepada permintaan pelanggan.

Jelas beliau, antara terma perjanjian yang dicadangkan adalah menetapkan tempoh tertentu kepada operator untuk beroperasi di LTAM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebenarnya syarikat penerbangan hanya berurusan dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan bukannya dengan kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri tidak pernah mempunyai perjanjian rasmi dengan mana-mana syarikat penerbangan sebelum ini, sebaliknya mereka beroperasi atas dasar jemputan dan pelawaan.

HAMEED bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada sidang akhbar Karnival Udara Antarabangsa <a class=thirstylink rel=nofollow target= blank title=Hotel Melaka href=httpskampungmamakcomgohotel melaka data shortcode=true>Melaka<a> 2023 KUAM 23 di LTAM Batu Berendam <a class=thirstylink rel=nofollow target= blank title=Hotel Melaka href=httpskampungmamakcomgohotel melaka data shortcode=true>Melaka<a> Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALIKOSMO

“Jadi saya sedang berbincang untuk buat satu ketetapan bahawa mereka perlu beroperasi dalam waktu tertentu yang mana tempoh maksimum adalah tiga tahun,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang akhbar Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023 (KUAM ’23) di sini, hari ini.

Tambahnya, kerajaan negeri juga berhasrat menjadikan LTAM destinasi untuk penerbangan sewa khas atau charter sebagai penyelesaian awal kepada pemberhentian penerbangan komersial ketika ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, dia bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman telah berbincang dengan agensi-agensi pelancongan yang boleh mengendalikan penerbangan sedemikian.

“Perkara ini masih di peringkat perbincangan untuk jadikan LTAM sebagai (destinasi) charter flight. Ini lebih mudah.

“Untuk penerbangan harian juga sedang dibincangkan (usahakan). Sebagai permulaan kita akan pelawa penerbangan sewa khas ini turun (mendarat) di Melaka dahulu sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Mamak News

0 KLANG – Seorang wanita yang juga penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, dilaporkan masih hilang dalam kebakaran tiga buah rumah di...

Lifestyle

0 Tiga bank lanjut pengecualian caj QR Duitnow Public Bank Tarik Balik Kenakan Caj Transaksi DuitNow QR, Lagi 2 Bank Lanjut Pengecualian Caj. Tiga...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications