Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Tidak dapat melancong ke Krabi, 40 individu ditipu pekerja syarikat pelancongan


SEREMBAN – Hasrat sekumpulan 40 individu untuk bercuti ke Krabi, Thailand tidak kesampaian apabila ditipu sebuah agensi pelancongan dengan kerugian RM30,000 kononnya bas yang sepatutnya membawa rombongan tersebut terlibat kemalangan.

Seorang mangsa, Kartini Arshad, 58, berkata, peserta rombongan hanya dimaklumkan tentang perkara itu oleh seorang wanita yang juga pekerja syarikat pelancongan tersebut pada pukul 4 petang semalam iaitu dua jam sebelum waktu asal perjalanan bermula dari Seremban.

Kartini berkata, alasan digunakan tidak munasabah dan menyedari ditipu selepas wanita yang menguruskan percutian tersebut menghilangkan diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami sepatutnya menaiki bas dari Seremban ke sempadan Thailand pada pukul 6 petang dan masing-masing telah tiba dan bersiap sedia kerana ada yang datang dari Melaka, Kuala Lumpur serta Batu Pahat, Johor.

“Bagaimanapun, kami diberitahu bahawa bas yang akan dinaiki di Krabi pada hari Jumaat (esok) terbabit kemalangan. Kami menunggu sehingga pukul 8 malam tetapi tiada bas yang datang dan pekerja syarikat pelancongan itu tidak lagi dapat dihubungi,” katanya di sini hari ini.

Menurut Kartini, dia menguruskan 25 peserta rombongan itu dengan setiap peserta dikenakan bayaran RM900 untuk menyertai pakej percutian selama lima hari ke Krabi, Thailand.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas Kartini, mereka membuat tempahan pakej itu pada Julai tahun lalu dan telah membuat bayaran sebanyak tiga kali dengan diuruskan oleh seorang wanita yang berurusan dengan pekerja syarikat pelancongan itu.

“Bila sampai waktunya tak sangka pula jadi macam ini. Saya pun jadi serba salah sebab saya yang uruskan 25 peserta yang terdiri daripada kawan-kawan dan keluarga.

“Kita telah hubungi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pelancongan itu, tapi malangnya dia beri alasan tak bertanggungjawab kerana tidak menerima duit daripada pekerja yang menguruskan pakej pelancongan berkenaan,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, seorang suri rumah, Najihah Rosli, 25, berkata, dia tidak menyangka percubaan pertama kali bercuti menggunakan perkhidmatan syarikat pelancongan menjadi pengalaman pahit buatnya dan suami.

“Saya dan suami dah mula ragu-ragu bila diberitahu bas tak dapat datang kerana terlibat kemalangan.

“Rasa terkilan juga kerana ini kali pertama kami nak pergi Krabi. Tapi nampaknya tak kesampaian,” katanya yang datang dari Melaka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, sebahagian daripada peserta rombongan telah membuat laporan polis semalam selepas berasa ditipu. -KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement