Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Tiga ditahan bantu siasatan festival Hooray X Fest Raya


KUALA LUMPUR – Seramai tiga individu ditahan terdiri daripada pengarah syarikat dan juga penganjur bagi membantu siasatan berhubung festival Hooray X Fest Raya di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya membuka satu kertas siasatan berkaitan penganjuran festival membeli belah sempena sambutan Syawal itu selepas menerima laporan, semalam.

Kata beliau, setakat ini sebanyak enam laporan polis telah diterima berkaitan kes yang sedang disiasat itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami telah menahan tiga individu terdiri daripada seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun dan dua wanita tempatan berusia 50 dan 51 tahun yang juga pengarah syarikat dan juga penganjur festival tersebut.

“Kesemua tangkapan ditahan reman selama dua hari, bermula hari ini sehingga esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dellhan, semakan rekod jenayah mendapati kesemua individu yang ditahan tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Justeru itu, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihati supaya sentiasa berhati-hati dalam membuat sebarang urus niaga bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah atau penipuan,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan peniaga mendakwa ditipu penganjur sebuah festival jualan di WTCKL yang sepatutnya berlangsung pada 19 April sehingga 21 April ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, festival tersebut dibatalkan pada saat akhir sehingga mengakibatkan ramai peniaga mengamuk apabila terpaksa menanggung kerugian besar.

Dalam pada itu, WTCKL dalam kenyataan berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab jawab atas sebarang bentuk kerugian baik secara langung atau tidak.

“Hal ini kerana WTCKL hanya merupakan venue provider (pengusaha tapak) sahaja dan tidak terlibat dalam pengurusan yang dikendalikan TENVIEW(M) SDN BHD,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement