Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Tiga kelab termasuk Arsenal mahukan Mbappe


PARIS – Aksi Piala Juara-Juara menentang Toulouse di Stadium Parc des Princes awal pagi esok dijangka menjadi trofi terakhir buat bintang Perancis, Kylian Mbappe bersama Paris Saint-Germain (PSG).

Keadaan itu ekoran situasi Mbappe yang kini bebas untuk me­lakukan rundingan dengan mana-mana kelab pada jendela perpindahan Januari ini memandangkan kontraknya bersama PSG sudah memasuki enam bulan terakhir.

Penyerang berusia 26 tahun itu menarik minat gergasi-gergasi dunia termasuk juara 14 kali Eropah, Real Madrid yang setia menantikan kehadirannya selain Liverpool dan terbaharu yang dikaitkan ialah Arsenal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Percubaan Real bagi mendapatkan khidmat Mbappe dengan nilai mencecah £174 juta (RM1.01 bilion) pada jendela perpindahan musim panas lalu menemui jalan buntu apabila dia mengambil keputusan untuk kekal di PSG.

Meskipun kecewa dengan sikap Mbappe berhubung rundingan sebelum ini, namun Real dikatakan masih memberikan peluang kepada Mbappe untuk memberikan kata putus berhubung perpindahan ke Santiago Bernabeu per­tengahan Januari ini.

Difahamkan, PSG sudah bersedia untuk menerima tawaran ‘mega’ daripada Real, Liverpool ataupun Arsenal selain turut memiliki perancangan tersendiri sekiranya Mbappe mengambil keputusan berhijrah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, pihak pengurusan PSG juga masih belum berputus asa untuk mengekalkan Mbappe di Parc des Princes, namun enggan melakukan tawaran ‘gila’ kepada pemenang Piala Dunia 2018 itu. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement