Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Tiga lelaki termasuk remaja dituduh peras ugut peniaga


JEMPOL – Tiga lelaki termasuk seorang remaja didakwa di Mahkamah Majistret Bahau, di sini, atas dakwaan melakukan pemerasan terhadap seorang peniaga pada minggu lalu.

Ketiga-tiga tertuduh Mohamad Fairul Mohd Alwi, 23, Mohamad Emran Faiz Yahya, 28, dan seorang remaja berusia 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh bersama-sama dengan sengaja melakukan pemerasan kepada seorang lelaki berusia 24 tahun sehingga mendorong lelaki tersebut untuk menyerahkan harta benda iaitu wang sebanyak RM14,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perbuatan itu dilakukan sebuah rumah di Felda Serting Hilir 5, pukul 1 pagi, 23 Januari lalu dan kes dibaca mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Majistret kemudian membenarkan Mohamad Fairul dan Mohamad Emran diikat jamin RM11,000 setiap seorang manakala seorang lagi tertuduh berusia 17 tahun diikat jamin sebanyak RM4,000, masing-masing dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan pada 3 Mac depan bagi sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Bahau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah atas pertuduhan mencederakan peniaga sama di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement