Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Tiga Maut Motosikal Dirempuh Kereta Terbabas


TIGA MAUT MOTOSIKAL DIREMPUH KERETA TERBABAS

KUANTAN, 10 Sept (Bernama) — Tiga penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta yang terbabas di Jalan Besar Felda Jengka 17, Maran dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata kemalangan pada 6.15 petang itu menyebabkan kesemua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka ialah Fadhil Syah Sulaiman, 19, dan Muhammad Firdaus Zainal Abidin, 20, dari Felda Lepar Utara serta Mohd Ridhwan Mahayadin, 35, beralamat di Felda Jengka 17.

“Semua mangsa yang bekerja di ladang di Felda Lepar Utara dipercayai menunggang motosikal dalam keadaan seiring dan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing dari Temerloh, dekat sini.

“Semasa di lokasi kejadian, sebuah kereta dari arah bertentangan dipercayai telah hilang kawalan dan memasuki laluan mangsa lalu merempuh mereka,” katanya dalam kenyataan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Norzamri berkata pemandu kereta iaitu seorang lelaki berusia 51 tahun dari Bandar Jengka pula dikejarkan ke Hospital Jengka kerana mengalami sesak dada.

Kesemua mayat dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat manakala kemalangan disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications