Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom Tiga Mayat Dipercayai Mati Lemas Ditemukan Dalam Insiden Banjir Di Taman Sri Muda

Mamak News

Tiga Mayat Dipercayai Mati Lemas Ditemukan Dalam Insiden Banjir Di Taman Sri Muda


Tiga lagi mayat mangsa lemas ditemui di kawasan Taman Sri Muda di sini, awal pagi tadi menjadikan keseluruhan lima kematian akibat banjir di Selangor dilaporkan setakat ini.

Difahamkan, dua mayat ditemui kira-kira jam 1 pagi tadi, manakala mayat ketiga ditemui kira-kira jam 5 pagi oleh orang awam dan pasukan bomba yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat.

Setakat ini, identiti semua mangsa lelaki itu masih belum diperoleh dan menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, ketika dihubungi mengesahkan penemuan ketiga-tiga mayat itu dan berkata semua mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan selanjutnya.

Malam tadi, mayat seorang lelaki dipercayai lemas ditemui di jalan utama ke sebuah pangsapuri di Seksyen 22 di sini.

BACA: Mayat Lelaki Ditemukan, Dipercayai Mangsa Lemas Banjir Pertama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mayat lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditemui orang awam sekitar jam 7.50 malam.

Di Dengkil pula, seorang lelaki ditemui lemas selepas kediamannya di Blok C, tingkat bawah Flat Taman Pertama dinaiki air akibat banjir pagi tadi.

Sumber: BH Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement