Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Tiga pentas utama FIFA 23 sasaran Akmal


PETALING JAYA – Perasaan bangga mewakili Malaysia di pentas tertinggi bagi permainan video FIFA 22 masih lagi dirasai oleh bintang e-Sukan negara, Ahmad Akmal Abdul Rafil.

Akmal bersama rakan sepasukannya dari GBX Esports Team, Muhammad Luqman Haziq Hajiman membawa nama Malaysia beraksi pada Piala Kelab Dunia eFIFA di Bella Arena di Copenhagen, Denmark pada Julai lalu.

Mereka berjaya memastikan GBX Esports Team muncul naib juara Kumpulan D sebelum tewas 5-7 kepada Serious About FIFA dari Great Britain di peringkat 16 terbaik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keputusan itu menyaksikan GBX Esports Team menamatkan saingan Piala Kelab Dunia eFIFA dalam kelompok 9 hingga 16 terbaik daripada keseluruhan 24 pasukan bertanding.

Kini, pemain dari Putrajaya itu bertekad untuk mengulangi pencapaian sama dengan layak ke Piala Kelab Dunia eFIFA bagi judul baharu FIFA 23 yang baru sahaja dilancarkan secara global pada 30 September lalu.

Menariknya, Akmal turut menyasarkan layak ke dua lagi peringkat tertinggi FIFA 23 iaitu Piala Dunia eFIFA dan Piala Negara-Negara eFIFA yang kini sudah dianjurkan secara langsung (live events).

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom
AKMAL ditemu bual oleh penganjur Piala Kelab Dunia eFIFA atas kejayan GBX Esports Team mara ke peringkat 16 terbaik di Copenhagen pada Julai lalu GBX ESPORTS TEAM

“Selepas pergi live events di Copenhagen, Denmark untuk FIFA 22, (ia) lagi membakar semangat saya untuk musim FIFA 23 kali ini.

“FIFA ada tiga pentas utama iaitu Piala Dunia, Piala Kelab Dunia dan Piala Negara-Negara. Kali ini saya memang nak layak ketiga-tiga kejohanan ini.

“Sudah tentu ia tidak mudah tetapi saya yakin dengan diri saya,” kata Akmal yang kini sudah menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik di Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Keyakinan Akmal berdasarkan corak permainannya bersesuaian dengan meta FIFA 23 kerana lebih banyak bergantung kepada aspek hantaran berbanding gerakan skil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sekarang saya masih lagi bereksperimen kerana mempunyai banyak masa untuk sesuaikan diri dengan FIFA 23 sebelum kelayakan terdekat Global Series pada Januari tahun depan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement