Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Tiga Sekeluarga Maut Dalam Kebakaran Sempat Makan Malam Bersama


Tiga Sekeluarga Maut Dalam Kebakaran Sempat Makan Malam Bersama

SUNGAI PETANI, 18 Sept (Bernama) — Tiga sekeluarga yang maut dalam kebakaran melibatkan lapan unit rumah kedai dua tingkat di Jalan Sungai Emas, Kota Kuala Muda di sini awal pagi tadi sempat makan malam bersama keluarga di Bertam, Pulau Pinang sebelum tragedi itu.

Saudara mangsa, Linda Yee, 48, berkata kebiasaannya sepupunya, Lee Chew Fong, 61, bersama suaminya, Lim Yang Kooi, 66, dan ibu mereka Yong Swee Lan, 92, akan bermalam di rumah mereka di Bertam, tetapi kali ini datang awal ke premis tersebut selepas makan malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Linda berkata difahamkan mereka datang awal ke premis itu untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan membuat persiapan berniaga di pasar pagi di situ.

“Keluarga sepupu saya ini tinggal di Bertam selepas membeli rumah di sana sejak setahun lepas, mereka hanya pulang ke rumah kedai itu untuk berniaga pakaian dan kelengkapan lain…ibu saudara saya pula sudah uzur dan bergerak menggunakan tongkat.

“Mereka kelihatan gembira ketika makan bersama anggota keluarga yang lain. Saya terima berita dalam pukul 6 pagi ini ada kebakaran di pekan Kota Kuala Muda…saya agak mungkin keluarga sendiri dan bila saya tengok alamat saya dah tahu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Lelaki OKU Rentung Dalam Kebakaran

Sementara itu, pemilik sebuah lagi premis yang terlibat kebakaran tersebut, Azizah Jaafar, 70, berkata dia terkejut apabila mengetahui kedainya turut musnah dalam kejadian itu.

“Kedai tersebut dibeli arwah suami saya kira-kira 20 tahun lepas dan disewakan kepada peniaga perabot dengan kadar RM400 sebulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Terkejut juga bila tahu kedai terbakar, tetapi apa boleh buat…masa saya sampai api sedang marak membakar tingkat atas rumah kedai itu,” ujarnya.

Media hari ini melaporkan tiga rentung terlibat dalam kebakaran itu dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Awang Hidzel Awang Bujang mengesahkan bahawa mayat pertama ditemukan pada 3.19 pagi, manakala mayat kedua dijumpai pada 6 pagi dan bomba menemukan mayat ketiga pada 10.15 pagi.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Sukan

0 PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol...

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Mamak News

0 KLANG – Seorang wanita yang juga penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, dilaporkan masih hilang dalam kebakaran tiga buah rumah di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications