Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Tiket Olimpik LA28 sasaran Sarah Adi


RATU lompat bergalah negara, Nor Sarah Adi meletakkan sasaran peribadi dengan melayakkan diri secara merit ke pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Sarah, 23, percaya impian itu bukanlah satu perkara mustahil memandangkan jurulatihnya yang juga legenda olahraga negara, Roslinda Samsu sendiri pernah melakukannya dengan me­raih tiket automatik pada ­Olimpik Beijing 2008 di China.

Roslinda, 41, meraih pencapaian bersejarah itu selepas berjaya melepasi had kelayakan yang ditetapkan iaitu 4.30 meter (m) sebelum mengulangi catatan sama pada temasya yang ­menyaksikan legenda dunia, ­Yelena Isinbayeva dari Russia menjuarainya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Atlet dari Maran, Pahang itu menegaskan, peluangnya ke LA28 akan menjadi lebih realistik sekiranya dia berjaya menggenggam satu lagi kejayaan membanggakan iaitu meraih pingat emas pada Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.

“Nampak susah tetapi tidak mustahil. Kalau coach Linda (Roslinda) boleh lompat 4.40m (rekod kebangsaan), kenapa saya tak boleh? Saya ada tiga tahun lagi sebelum Sukan Asia 2026, jadi tiada yang mustahil.

| Kampungmamakcom
SARAH menyasarkan pingat emas Sukan Asia 2026 sebagai langkah awalnya dalam usaha memburu tiket automatik ke pentas Sukan Olimpik LA28

“Kalau ikut umur nanti dalam lingkungan 26 hingga 29 tahun, ia memang waktu yang bagus untuk saya peak (prestasi terbaik). Sekurang-kurangnya saya perlu tunjukkan progres dan kutip pengalaman sebanyak yang mungkin bermula sekarang.

“Bila saya betul-betul matang, saya akan lebih kenal lompat bergalah. Lagipun saya cuma ada baki setahun lagi untuk tamatkan pengajian, jadi saya yakin boleh untuk melakukannya nanti,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sarah meluahkan hasrat tersebut kerana mencemburui kejayaan Muhammad Azeem Mohd. Fahmi dan Shereen Samson Vallabuoy sewaktu temasya Sukan Asia Hangzhou di China pada September lalu dan mahu mengikut jejak dua pemegang ­rekod kebangsaan itu.

Azeem meraih pingat gangsa 100 meter (m) menerusi catatan 10.11 saat (s), sekali gus menamatkan kemarau 41 tahun negara dalam acara berkenaan sejak Datuk Rabuan Pit menjuarai edisi 1982 di New Delhi, India.

Shereen turut mencipta sensasi dengan meleraikan pe­nantian 17 tahun apabila meraih pingat gangsa 400m sebelum dia membantu kuartet 4x100m muncul pemenang tempat ketiga pada temasya berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jujur memang saya cemburu bila tengok Azeem dan Shereen dapat (pingat gangsa). Saya pun berazam mahu memberikan sesuatu, tetapi masih tiada rezeki. Namun, saya anggap semua ini ada hikmah.

| Kampungmamakcom
SARAH mengukir namanya sebagai salah seorang atlet lompat bergalah terbaik Asia Tenggara selepas meraih pingat emas Sukan SEA Vietnam 2021

“Kalau katakan saya dapat buat PB (rekod peribadi), saya akan jadi cepat berpuas hati dan selesa, tetapi saya gagal. Ia buat saya berfikir untuk menang pi­ngat di Sukan Asia 2026, kalau boleh nak emas,” jelasnya.

Sarah cemerlang membuka karier antarabangsa tahun lalu dengan meraih pingat emas Sukan SEA Vietnam 2021; perak Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 dan Jemputan Busan serta gangsa Sukan Perpaduan Islam 2022 di Konya, Turkiye.

Walaupun meraih perak Sukan Asia Kemboja 2023, tetapi tahun 2023 dianggap malang buat Sarah apabila gagal meneruskan rentak cemerlang pada Sukan Universiti Dunia di Chengdu dan Sukan Asia Hangzhou.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Sarah tidak putus semangat, sebaliknya bertekad memastikan prestasi­nya konsisten dengan memburu rekod kebangsaan baharu, memecahkan catatan milik Roslinda tahun depan.

“Saya kena buat perancangan dan berharap dapat berlatih di luar negara tahun depan. Saya perlukan ba­nyak kejohanan untuk saya mengorak langkah lebih jauh pada masa depan,” ujar penuntut Universiti Putra Malaysia itu.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement