Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

TikTok cuba dapatkan permit e-dagang Indonesia


JAKARTA: Aplikasi video pendek, TikTok dalam proses mendapatkan permit e-dagang daripada kerajaan Indonesia, lapor agensi berita Antara yang memetik Timbalan Menteri Perdagangan, Jerry Sambuaga, semalam.

Pada September lalu, Indonesia melarang transaksi e-dagang di media sosial, satu tamparan hebat bagi TikTok, yang sebelum itu berjanji untuk melabur berbilion dolar di Asia Tenggara, termasuk Indonesia iaitu ekonomi terbesar di rantau berkenaan.

“Dulu, mereka (TikTok) tidak patuh, tiada permit. Sekarang mereka menguruskan mengenainya,” kata Jerry.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, kerjasama dengan firma tempatan boleh dilakukan dengan syarat ia mengikut peraturan.

TikTok, yang dimiliki ByteDance China, mempunyai 125 juta pengguna bulanan aktif di Indonesia yang mempunyai lebih 270 juta penduduk.

Ia berusaha untuk menterjemah pangkalan pengguna yang besar di negara itu kepada sumber hasil e-dagang utama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

TikTok bagaimanapun tidak segera menjawab mengenai kenyataan Jerry itu.

Reuters pada awal bulan ini melaporkan, TikTok sedang berbincang mengenai kemungkinan untuk bekerjasama dengan beberapa syarikat e-dagang Indonesia, termasuk unit e-dagang GoTo Tokopedia, Bukalapak.com dan Blibli.

Pada September lalu, Kementerian Perdagangan menggubal peraturan melarang wadah media sosial termasuk TikTok ByteDance, daripada melakukan urus niaga dalam talian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Langkah berkenaan dibuat berikutan aduan meluas daripada penjual luar talian, terutama mereka yang mempunyai kedai di seluruh pasaran tradisional bahawa pendapatan mereka menjunam kerana capaian wadah media sosial yang semakin meningkat.

Indonesia mengharamkan urus niaga barangan di wadah media sosial seperti TikTok Shop dalam usaha untuk melindungi peniaga kecil daripada persaingan e-dagang dan menuduh mereka mengenakan harga pemangsa.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement