Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

TikTokers tidak jamin masa depan, ramai minta review percuma


PETALING JAYA – Kecenderungan anak muda dalam memilih pencipta kandungan di TikTok sebagai kerjaya masa depan dilihat sebagai satu cabaran baru kerana pada realitinya itu bukanlah satu profesion kerjaya yang sebenar.

Jelas pensohor kandungan dan pegawai perubatan, Dr. Malar Santhi Santherasegapan, walaupun secara zahir kerjaya tersebut dilihat mampu menjana pendapatan tinggi namun ia tidak mampu memberi jaminan untuk jangka masa panjang.

“Kalau nak hidup dengan menjadi TikTokers sepenuh masa, hidup anda akan dipenuhi ketidakstabilan. Sekejap pendapatan tinggi, sekejap langsung tak ada pendapatan berbulan-bulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tak cukup dengan itu, realiti sebenar kehidupan pempengaruh adalah kehidupan terkapai-kapai sebab banyak pihak akan mintak ulasan secara percuma, pergi ‘fashion show’, jadi model, buat kandungan semua percuma dan macam macam lagi,” ulasnya dalam hantaran di Facebook.

Dr. Malar kini bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Cheras, Selangor.

Tambah Dr. Malar, anak-anak muda seharusnya tidak tertipu dengan apa yang ditonjolkan, malah mereka yang sudah menempa nama di platform media sosial itu bukan lah mencipta kandungan semata-mata namun mempunyai perniagaan tersendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Yang meniaga di TikTok itu adalah usahawan macam Khairulaming, itu bukan TikTokers namanya, mereka adalah ahli perniagaan.

“Yang meniaga, boleh gunakan platform seperti TikTok dan juga Facebook untuk menjana pendapatan melalui jualan mereka. Yang bekerja, boleh gunakan platform sebegini untuk pendapatan sampingan,” ulasnya.

Dalam pada itu, dia juga sempat menitipkan pesan kepada orang ramai supaya mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebelum menceburi apa-apa bidang termasuklah perniagaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Cari lah ilmu, carilah pekerjaan yang boleh memberi pendapatan stabil. Nak berniaga boleh tetapi kena mahir ilmu matematik, teknik pemasaran kena ‘power’, begitu juga teknik komunikasi.

“Dan apa yang paling penting untuk berniaga, mestilah bersedia untuk berhadapan dengan kerugian. Kalau tak berani tanggung rugi, tak mampu berdepan rugi, jangan berniaga, baik kerja makan gaji sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications