Hi, what are you looking for?

Mamak News

Tinggal 2.3 Peratus Untuk Capai 100 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Vaksinasi


KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — Sebanyak 2.3 peratus sahaja lagi diperlukan negara untuk mencapai angka 100 peratus populasi dewasanya lengkap divaksinasi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman COVIDNOW, setakat 11.59 malam tadi, seramai 22,876,224 individu atau 97.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Setakat semalam juga, 98.9 peratus atau 23,162,767 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,763,787 individu atau 87.8 peratus daripada mereka telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,854,126 individu atau 90.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sementara itu, sejumlah 252,817 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,898 dos pertama, 4,549 dos lengkap dan 245,370 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 58,812,436 dos dengan 7,356,445 daripadanya adalah dos penggalak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Keadaan hujan renyai mengiringi paluan berundur Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim...

Mamak News

0 Murid 11 Tahun Maut Ditimpa Palang Gol Ketika Aktiviti Kurikulum BINTULU, 29 Sept (Bernama) — Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas...

Sukan

0 KOTA BHARU – Aksi perlawanan Liga Super Kelantan FC menentang Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini, terpaksa ditunda...

Hiburan

0 “TERIMA kasih kerana selama ini telah membantu, menghibur, menjadi orang kepercayaan dan sumber kekuatan saya.” Demikian perkongsian kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications