Hi, what are you looking for?

Hiburan

Tinggalkan konti, Fara Fauzana ibarat kehilangan cinta


HAMPIR 20 tahun berkecimpung dalam dunia penyampaian radio bukanlah satu tempoh singkat untuk wanita yang dikenali dengan nama Fara Fauzana melupakan butang-butang konti yang sudah sebati dalam kehidupan sehariannya.

Namun, itulah yang cuba dilakukan pemilik nama sebenar Farah Fauzana Mohd. Fadzil itu sekitar 2016 lalu. Dia pernah berundur dari konti Hot FM selepas 10 tahun ‘berpayung’ bawah stesen tersebut.

Selepas tidak terikat dengan mana-mana stesen, wanita berusia 42 tahun itu mengakui bukan mudah untuk mengucapkan selamat tinggal terhadap kerjaya berkenaan, sehinggalah kembali semula ke stesen sama sekitar Julai tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mesra disapa Fafau, katanya, pilihan meninggalkan konti bukanlah suatu perkara mudah, sama juga dengan keputusannya untuk kembali berceloteh di radio sama.

“Selama lima tahun saya tinggalkan dunia penyampai radio. Bukan mudah untuk saya melupakan dunia yang sudah sebati dengan jiwa.

“Ada satu perasaan bercampur baur sehinggalah saya mengambil keputusan untuk menyertai semula Hot FM pada Julai tahun lalu. Saya rasa seperti ‘kehilangan cinta’,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam tempoh lima tahun, Fara sebenarnya tidak terus berehat sebagai seorang penyampai radio.

Pengalaman luas dalam bidang penyampaian radio ‘ditagih’ banyak pihak sehingga adakalanya Fara dipanggil untuk menjadi jurulatih penyampai radio atau penyampai khas.

MENYEDARI faktor usia dan imej Fara Fauzana kini seboleh bolehnya enggan lagi terbabit dalam program hiburan bermotifkan kontroversi dan kisah sensasi

“Ketika berehat selama lima tahun, saya tidak boleh lari daripada bidang radio. Saya masih dijemput sebagai penyampai khas selain menjadi jurulatih radio.

“Saya juga mengendalikan radio digital sendiri iaitu Dbilique (sebutan di bilik). Bidang penyampaian radio memang cinta pertama saya dalam kerjaya,” ujar Fara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika ditemui Pose baru-baru ini, Fara memberitahu, keputusan kembali menjadi keluarga Hot FM dibuat setelah memikirkan perancangan baharu stesen berkenaan bersama pihak pengurusan.

Selain petah berceloteh di corong radio, Fara juga turut dikenali sebagai salah seorang pengacara televisyen wanita berbakat besar.

Wajahnya pernah menghiasi televisyen sebagai pengacara untuk pelbagai program besar seperti Melodi, Anugerah Juara Lagu, Mentor dan Nona.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar bertanyakan kerinduannya untuk kembali menjadi pengacara televisyen, Fara memberitahu, imej dirinya yang kini berhijab membuatkan keinginan untuk berada di hadapan kamera tidak seghairah dahulu.

Buat masa ini, dia masih belum terfikir untuk kembali menyerikan program televisyen, sebaliknya sepenuh fokus sebagai penyampai radio selain seronok mengendalikan radio digital milik sendiri.

“Buat masa ini saya belum terfikir lagi untuk kembali menjadi pengacara program televisyen. Saya gembira mengendalikan Dbilique.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tapi untuk sekali sekala itu bolehlah. Sebagai contoh baru-baru ini saya dipanggil untuk menjadi pengacara jemputan Melodi bersama Nabila Huda bersempena ulang tahun TV3 yang ke-38.

“Mulanya saya tidak mahu sehingga terpaksa fikir sehingga 15 kali. Kalau boleh saya tidak mahu lagi mengendalikan program sebegitu (sensasi dunia hiburan) kerana saya rasa sudah tidak sesuai lagi dengan imej sekarang (berhijab),” katanya.

Bagaimanapun, Fara tidak menolak jika ditawarkan untuk menjadi pengacara bagi sebuah program yang bersesuaian dengan usia dan imejnya sekarang.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Keadaan hujan renyai mengiringi paluan berundur Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim...

Mamak News

0 Murid 11 Tahun Maut Ditimpa Palang Gol Ketika Aktiviti Kurikulum BINTULU, 29 Sept (Bernama) — Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas...

Sukan

0 KOTA BHARU – Aksi perlawanan Liga Super Kelantan FC menentang Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini, terpaksa ditunda...

Hiburan

0 “TERIMA kasih kerana selama ini telah membantu, menghibur, menjadi orang kepercayaan dan sumber kekuatan saya.” Demikian perkongsian kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications