Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Tips Mudah Cuci Brokoli, Guna Dua Bahan Je, Tak Perlu Berus “Wax” Terus Hilang


Tips Mudah Cuci Brokoli, Guna Dua Bahan Je, Tak Perlu Berus “Wax” Terus Hilang

Siapa di sini gemar memakan sayur-sayuran? Jika ya, sudah semestinya, anda pasti menyukai sayuran berwarna hijau yang memiliki berbentuk unik ini.

Brokoli, sejenis sayur-sayuran yang berasal dari keluarga Brassicaceae dan kaya dengan kandungan antioksida.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dikenali dengan nama saintifik, Brassica oleracea, sayuran ini memiliki kaitan dengan sayuran lain seperi kobis, kangkung, kobis bunga dan sebagainya.

Menurut Healthline, sayuran unik ‘berambut afro’ ini memiliki banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan mata, kesihatan jantung serta pencegahan penyakit.

Hal ini disebabkan, brokoli memiliki kandungan nutrien yang tinggi, termasuklah serat, vitamin C, vitamin K, zat besi dan kalium.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, sayuran comel ini boleh dimakan dalam keadaan mentah mahupun dimasak. Dalam kajian terbaharu, kaedah kukus merupakan cara masakan brokoli yang dapat memberikan lebih banyak manfaat kepada kesihatan manusia.

Suka makan brokoli tetapi proses cuciannya sangat renyah

Pernahkan anda terdengar peribahasa ‘menuang air di daun keladi’? Kali ini kita tidak membincangkan berkenaan maksud peribahasa tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebaliknya, kita melihat bagaimana kemampuan sesuatu tumbuhan untuk menghalang titisan air daripada melalui bahagiannya, khususnya daun.

Secara umumnya, beberapa tumbuhan memiliki mekanisme semula jadi bagi menghalang kandungan air keluar daripada tumbuhan dalam kuantiti yang banyak.

Oleh sebab itu, mekanisme perlindungan ini turut dijadikan inspirasi kepada pengusaha sayur-sayuran dan buah-buahan bagi menghalang tanamannya daripada cepat rosak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka akan meletakkan lilin pada permukaan produk sebelum menjualnya kepada peruncit-peruncit di luar sana.

Kaedah perlilinan ini merupakan salah satu kaedah terbaik untuk memanjangkan jangka hayat sayuran. Pada masa yang sama, kaedah ini tidak memakan kos yang banyak serta mengubah rasa dan tekstur produk.

Sungguhpun begitu, lilin pada sayuran ini amat sukar untuk ditanggalkan. Lagi-lagi, jika sayuran tersebut tidak memiliki bahagian daun ataupun bentuknya agak sukar untuk dibasuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahagian ‘afro’ pada brokoli amat sukar dibasuh kerana ia bersifat rapuh dan boleh terurai apabila dikenakan tekanan yang agak tinggi.

Oleh sebab itu, sayuran ini jarang disajikan kerana proses cuciannya memakan masa yang agak lama.

Waniat ini kongsi helah untuk hilangkan bahagian ‘waterproof’ pada brokoli semasa cuci sayuran itu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang pengguna TikTok, Madam Lim (@madam_lim_) berkongsi cara cucian betul untuk membuang bahagian ‘waterproof’ pada sayuran brokoli.

Pertama sekali, sediakan satu mangkuk yang memiliki saiz lebih besar daripada brokoli yang ingi dicuci nanti.

Letakkan air di dalam mangkuk tersebut serta memasukkan beberapa bahan seperti tepung gandum dan garam. Gaulkan sehingga sebati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Cuci Brokoli Betul WaterproofKredit: TikTok

Seterusnya, masukkan brokoli ke dalam larutan air yang dikacau sebentar tadi dan biarkannya selama lima minit.

| Kampungmamakcom Cuci Brokoli Betul WaterproofKredit: TikTok

Selepas lima minit, keluarkan brokoli daripada rendaman air tepung dan garam tadi. Kemudian, bilas dengan menggunakan air bersih. Anda dapat lihat air tersebut mampu melalui celah-celah ‘rambut afro’ brokoli dan tidak lagi bersifat kali air.

| Kampungmamakcom Cuci Brokoli Betul WaterproofKredit: TikTok

Untuk memahami dengan lebih mendalam, anda boleh menonton perkongsian Madam Lim di bawah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

@madam_lim_

Madam lim ajar cara cuci broccoli🥦dengan cara yang betul😍

♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282

BACA: Dapat RM31 Juta Sebab Main Game, Ini 5 ‘Gamers’ Paling Kaya Di Dunia 2023

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Heathline, Madam Lim via TikTok

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement