Hi, what are you looking for?

Mamak News

TMJ Sedia Beri Pelepasan Pemain JDT Wakili Skuad Kebangsaan


TMJ Sedia Beri Pelepasan Pemain JDT Wakili Skuad Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) — Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa bersedia memberi pelepasan kepada pemainnya mewakili skuad negara sekiranya mana-mana kejohanan yang disertai dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah jika syarat itu dipenuhi, baginda juga tidak teragak-agak meminjamkan fasiliti serta kepakaran dimiliki kelab berkenaan sebagai tanda sokongan penuh kepada skuad Harimau Malaya dalam menghadapi sebarang kejohanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya akan sentiasa mengizinkan dan beri sokongan sepenuhnya, tetapi kalau tiada dalam jadual FIFA, bagi pandangan saya sebagai orang yang membayar gaji pemain, benda itu tiada faedah dan membuang masa.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

“Jadi kalau kalendar FIFA atau mana-mana pertandingan FIFA, memang bukan sahaja saya memberikan pemain malah sedia tawarkan pasukan kebangsaan apa sahaja teknologi dan fasiliti JDT yang mereka boleh pakai misalnya mereka akan berlatih di Padang Seri Gelam, Johor Bahru malam ini,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tunku Ismail berkata demikian pada sidang media selepas berkenan berangkat merasmikan projek penggantian rumput baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), hari ini.

Baginda juga menegaskan semangatnya dalam memberikan sokongan penuh kepada skuad Harimau Malaya tidak berganjak sama sekali.

“Kami beri sokongan penuh kepada pasukan kebangsaan dan apa sahaja program latihan persiapan mereka,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kenyataan Tunku Ismail itu sekali gus menepis tanggapan penyokong bola sepak negara sebelum ini bahawa kelab JDT itu tidak mahu melepaskan pemainnya daripada menyertai skuad kendalian Kim Pan Gon.

Isu tersebut turut dibangkitkan penyokong yang melihat JDT seolah-olah tidak mahu melepaskan pemain mereka bagi menghadapi kejohanan Piala AFF 2022 biarpun dipanggil Pang Gon.

Terdahulu, proses penggantian rumput jenis ‘Cow Grass’ kepada ‘Zeon Zoysia’ di SNBJ, yang ditaja Tunku Ismail bermula secara rasmi hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Adam Adli Abd Halim.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Hannah Yeoh Jumpa Zii Jia Minggu Depan KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan...

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications