Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Tobaki Pink Racing harap tuah memihak di Jasin


PASUKAN Tobaki Pink Racing memasang impian mengutip mata berharga pada perlumbaan Pusingan Ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Jasin, Melaka bermula esok hingga Ahad ini.

Pemilik Pink Racing, Nur Atikah Azwar mengakui selepas saingan Cub Prix berehat lebih dua bulan, tidak banyak perubahan dibuat selain perbaiki teknikal jentera.

Kata Nur Atikah, cabaran sebenar pasukan adalah mengulangi magis pada perlumbaan pusingan pertama di Litar Antara­bangsa Sepang dengan meraih mata berharga buat pasukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Di Sepang, kita berjaya tamatkan saingan di kedudukan ke-10 tapi momentum sama gagal dilakukan pada perlumbaan kedua.

“Pada saingan di Jempol, Ne­geri Sembilan, kita gagal kutip sebarang mata dan saya harap tuah memihak kepada pasukan pada perlumbaan ketiga di Jasin.

“Tak banyak perubahan yang kita lakukan selain daripada pertukaran pelumba bagi kategori CP150.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya harap sebarang kelemahan khususnya dari aspek teknikal sebelum ini telah diperbaiki dengan kondisi jentera berada pada tahap optimum,” katanya.

Mengulas lanjut, Nur Atikah percaya peluang untuk semua pasukan mencipta kejutan agak cerah kerana ini perlumbaan pertama di Jasin bagi saingan Cub Prix sejak 2018.

“Saya difahamkan ini kali pertama saingan kembali dianjurkan di Jasin dalam tempoh lima tahun. Saya pasti semua pelumba akan memberikan yang terbaik meskipun perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan litar di sana nanti,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement