Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Tom hilang disorok bunian berhari-hari


PETALING  JAYA – Penyanyi Tom mendedahkan pernah berdepan pengalaman misteri apabila didakwa pernah hilang selama beberapa hari dipercayai disorok bunian atau mahkluk halus.

Pemilik nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram itu berkata, kejadian berlaku ketika usianya tiga tahun di kampungnya di Kuala Kangsar, Perak.

Keluarga cakap saya kena sorok dengan bunian tapi tak tahulah betul atau tak, cuma saya ingat saya di sebuah perkampungan, pasirnya putih bersih, rumah dekat-dekat dan bumbungnya berbentuk segi tiga.

“Rumah kecil sahaja dan pintunya ditolak dari bawah ke atas dan diperbuat daripada daun. Penghuni pula semua perempuan dan mereka sambut Tom yang menangis ketakutan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka pujuk dan dukung Tom sambil ajak menyanyi dengan mereka. Selepas itu, Tom tak ingat apa-apa,” tulisnya dalam hantaran Instagram Story.

Juara program realiti My Starz LG musim ketiga itu  dimaklumkan kehilangannya mencetuskan kekecohan ahli keluarga serta jiran tetangga.

Menurut penyanyi berusia 36 tahun itu lagi, keluarga terdekat menyatakan orang kampung menemuinya dalam keadaan sedang nyenyak tidur di rimbunan semak.

“Nenek menangis tengok orang kampung hantar saya balik sampai di depan rumah tetapi bukanlah perempuan tadi, makcik dan pakcik tua yang sekampung dengan kami.

“Katanya mereka nampak Tom sedang tidur dalam semak. Sampai sekarang Tom dan keluarga tak boleh lupa kejadian itu. Emak pun ada cerita pada suami.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Benar atau tidak Tom kena sorok dengan bunian, wallahualam,” luahnya lagi.

Menerusi perkongsian tersebut, Tom yang juga peserta Gegar Vaganza musim ke-9 turut memuat naik gambar seakan-akan bayangan perkampungan dimaksudkan. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications