Hi, what are you looking for?

Automotif

Toyota Corolla Cross Hybrid Electric dilancarkan pada harga RM136,550


PETALING JAYA – UMW Toyota Motor telah melancarkan model kenderaan utility sukan (SUV) Corolla Cross Hybrid Electric pada harga jualan bermula RM136,550 malam ini.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran. K, Toyota Corolla Cross Hybrid Electric boleh didapati dalam lima warna seperti kelabu, perak, biru, putih mutiara dan merah.

Katanya, pelancaran model itu sebagai sebahagian daripada inisiatif global untuk mencapai keneutralan karbon menjelang 2050.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Memandangkan rakyat Malaysia sememangnya menantikan ketibaan Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV) era baharu untuk pengalaman memandu yang lebih mesra alam Toyota Corolla Cross Hybrid Electric merupakan satu lagi mercu jaya yang boleh dibanggakan dalam sejarah syarikat pengeluar kereta ini.

“Pelancaran ini menandakan pencapaian penting baharu bagi UMW Toyota Motor sebagai kenderaan hibrid pertama yang dipasang di dalam negara berlandaskan platform Seni Bina Global Baharu Toyota (TNGA),” katanya.

Tambahnya, sejak tempahan model itu dibuka pada Oktober tahun lepas pihaknya telah menerima banyak pesanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menyokong teknologi hijau dan kelestarian alam sekitar, dan kami yakin bahawa kami akan menjadikan EEV sebagai pengangkutan arus perdana dalam tempoh terdekat,” tambahnya.

Setiap pembelian dilengkapi dengan waranti kilang lima tahun tanpa had perbatuan dan waranti pek bateri hibrid, inverter dan Unit Kawalan Pengurusan Kuasa selama lapan tahun tanpa had perbatuan.

Tempahan boleh dibuat mulai hari ini di mana-mana wakil penjual sah Toyota atau bilik pameran cawangan UMW Toyota Motor di seluruh negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 WASHINGTON: White House dan parti Republikan secara dasar bersetuju untuk menaikkan paras siling hutang Amerika Syarikat (AS) bagi mengelakkan kegagalan pembayaran selepas rundingan...

Sukan

0 MONACO – Juara dunia, Max Verstappen mengakui gusar de­ngan ancaman yang bakal diberikan oleh Ferrari menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Monaco malam ini....

Mamak News

0 Ibu Bapa Kena Tahu, Ini Cara Berkesan Cuci Slime Yang Lekat Pada Pakaian Anak Dulu mungkin kita sudah terbiasa melihat kanak-kanak bermain tanah...

Mamak News

0 AMPANG JAYA – Helah penagih dadah yang menyamar sebagai polis mengundang padah apabila ditahan pegawai keselamatan di sebuah apartmen di Ukay Perdana, di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications