Hi, what are you looking for?

Tragedi Chalet Bentong: Satu Mayat Wanita Ditemui, Dua Lagi Masih Dicari

Mamak News

Tragedi Chalet Bentong: Satu Mayat Wanita Ditemui, Dua Lagi Masih Dicari


Satu mayat wanita ditemui dalam tragedi tiga individu hilang dibawa arus sungai di kawasan chalet pusat penganginan di Bentong, Pahang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Yusri Abdullah Sani berkata mayat wanita berkenaan ditemui pada 10.15 pagi tadi dan pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus.

BACA: Seorang Kanak-Kanak Antara Tiga Mangsa Hilang, Dipercayai Hanyut Dibawa Arus Banjir

Advertisement. Scroll to continue reading.
Seorang Kanak-Kanak Antara Tiga Mangsa Hilang, Dipercayai Hanyut Dibawa Arus Banjir

“Pasukan saya menjumpai mayat dibawah timbunan kayu dan pasir di stesen dua (kawasan yang ditanda ada mayat). Hari ini, bomba akan menggunakan dua unit jentera pengorek untuk meneruskan kerja-kerja penggalian mencari mangsa yang dikhuatiri hilang,” katanya kepada Bernama di tempat kejadian.

Yusri berkata setakat ini pihaknya meletakkan tiga stesen iaitu stesen pertama tempat mangsa kanak-kanak lelaki hilang manakala stesen ketiga diletakkan di susur sungai.

Sabtu lepas, lebih 30 orang termasuk sembilan kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terkandas dengan kejadian banjir lumpur ketika mengunjungi sebuah kawasan chalet di Bentong, Pahang.

Susulan itu, seorang kanak-kanak dikenali sebagai Emamnuel Chang serta pasangan suami isteri Bobby Lim Yoke Hoong dan Yap Koon Lau dilapor hilang dalam tragedi itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Ibu Bapa Kena Tahu, Ini Cara Berkesan Cuci Slime Yang Lekat Pada Pakaian Anak Dulu mungkin kita sudah terbiasa melihat kanak-kanak bermain tanah...

Mamak News

0 AMPANG JAYA – Helah penagih dadah yang menyamar sebagai polis mengundang padah apabila ditahan pegawai keselamatan di sebuah apartmen di Ukay Perdana, di...

Hiburan

0 MENDIANG merupakan antara pemuzik paling berbakat dan berpengaruh pernah dilahirkan di dunia. Kenyataan tersebut adalah satu fakta yang sukar berganjak. Tina Turner. Sepotong...

Lifestyle

0 Lelaki itu jadi mangsa penipuan selepas kerugian RM320k Gara-Gara Nak Beli R Dan Arak Murah, Lelaki Dari Miri Ini Rugi RM320k. Dilaporkan seorang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications