Hi, what are you looking for?

Tragis! 8 Kanak-Kanak Antara 10 Terkorban Dalam Kemalangan Babit Tiga Kereta, Sebuah Treler

Mamak News

Tragis! 8 Kanak-Kanak Antara 10 Terkorban Dalam Kemalangan Babit Tiga Kereta, Sebuah Treler


10 individu dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Elite menghala Shah Alam pada Jumaat, lapor Sinar Harian.

Menurut laporan, lima kanak-kanak lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan masing-masing seorang lelaki serta perempuan dewasa antara mangsa yang dikenalpasti terkorban dalam nahas tersebut.

Sumber: Bernama

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis memetik Sinar Harian berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.42 malam.

“Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya serta dengan bantuan enam anggota dari BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya, bomba mendapati berlaku kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah treler sejurus tiba di lokasi kejadian.

“Seramai 17 mangsa terbabit dalam kemalangan ini membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler,” tambahnya lagi.

Katanya lagi, seorang lelaki dewasa turut maut membabitkan sebuah Proton Wira, manakala sembilan maut terdiri daripada seorang perempuan dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan yang menaiki sebuah lagi Proton Wira.

BACABantu Rakan Baiki Kereta Sebelum Jadi Korban Nahas – Adik

“Seorang lelaki yang menaiki Perodua Axia patah kaki dan perempuan dewasa yang menaiki kenderaan sama cedera ringan sementara seorang pemandu treler dan dua kanak-kanak di dalam kenderaan itu terselamat,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujar beliau, mangsa dikeluarkan dengan menggunakan alatan khas dan dibantu sebuah kren bagi mengangkat lori treler.

“Semua mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi keseluruhan tamat pada jam 2.40 pagi Sabtu,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian / Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Mamak News

0 PASIR PUTEH – Kegembiraan seorang remaja yang mandi bersama empat rakannya di air terjun Jeram Linang di sini bertukar tragedi apabila dia tergelincir...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications